Thursday, October 21, 2010

cerpen : Lipstick

idea asal dan skrip; mohd azreen bin said (ayenzacherywartawanskandal)
18/10/2010

***************************************************
3bulan sebelum..
3/07/2010
Haikal, seorang lelaki lembut yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Walaupun fizikalnya tidak sama dengan lelaki yang lain, tetapi dia tidak pernah malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana baginya, ini adalah satu anugerah tuhan kepadanya. Fikirnya, tuhan tidak akan sengaja menyeksa hambanya melainkan satu ujian untuk dia mengharungi hidup.

Istimewanya lelaki bernama Haikal ini adalah dia seorang yang terlalu obses terhadap 'lipstick', ke mana sahaja dia pergi, pasti dia akan mencalit 'lipstick' ke bibirnya yang merekah itu. Bagaikan serba kekurangan jika bibirnya yang muncung itu tidak dicalit 'lipstick' kerana itu adalah 'trademarknya' sehinggakan dia digelar 'raja lipstick' dalam kalangan rakan-rakannya di kolej. Obsesnya terhadap 'lipstick' menebal apabila dia menggunakan 'lipstick' itu sebagai senjatanya untuk memikat mana-mana lelaki dengan bibirnya yang merekah bak delima itu. Ya, Haikal mencinta kaum sejenis, dia mempunyai nafsu terhadap insan yang bernama lelaki, tapi dia bukan gay, dia bukan homoseksual, itulah yang sering diucapkan oleh Haikal kerana dia masih mempunyai perasaan terhadap wanita, kaum hawa yang sememangnya diciptakan untuk kaum Adam.

Arora, seorang gadis yang manis, Senyumannya mampu membuatkan setiap lelaki yang memandangya cair. Begitu juga dengan Haikal, dia menaruh perasaan terhadap Arora ketika hubungannya dengan Arora mulai rapat. Haikal mulai rapat dengan Arora apabila Haikal kecewa apabila putus cinta dengan teman lelakinya, Aroralah yang menjadi pendengar setia, mendengar setiap keluhan Haikal. Sejak dari itu, hubungan mereka terlalu rapat, bagai adik dan kakak, kemana sahaja pasti berdua sehinggakan Arora pernah mengucapkan kata-kata ' he can't live without me'. Sedar tak sedar, Haikal menaruh perasaan terhadap Arora, dia mencintai Arora walaupun Arora hanya menganggapnya sebagai adik angkat. Dia terlalu yakin perasaan ini sememangnya cinta, bukan kasih sebagai seorang adik kepada kakaknya tetapi kasih lelaki terhadap seorang wanita. Haikal tekad ingin memendam sahaja perasaannya terhadap Arora kerana dia sedar, dirinya tidak berhak untuk Arora, gadis yang terlalu disayanginya.

Selepas habis waktu kelas, Haikal terus bergegas ke Bangsar, untuk bertemu dengan skandalnya. Itulah aktiviti rutinnya bertemu dengan lelaki dan memuaskan nafsu mana-mana lelaki yang dahagakan belaian seks dan Haikallah menjadi pemuas nafsu songsang itu. Tetapi malam itu, sikapnya agak pelik. Dia tiba-tiba diselubungi perasaan bersalah, bersalah kerana melawan takdir, melawan fitrah lelaki yang ditakdirkan untuk wanita. Perasaan jijik dan berdosa menguasai dirinya ketika itu. Lantas, Haikal bangun meninggalkan lelaki yang ditidurinya dengan calitan 'lipstick' di dada dan terus pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, Haikal terus melulu ke bilik air membersihkan dirinya yang dipalit kekotoran. Di dalam hatinya dia menyumpah nasibnya yang penuh dosa itu.
'yaAllah ya tuhanku, ampunkan dosaku, sesungguhnya aku berdosa kepadamu yaAllah. bantulah aku untuk menghadapi dugaan ini. sememangnya aku tidak kuat dengan semua ini. bukakanlah pintu hatiku untuk berubah dan engkau tutuplah pintu hatiku kepada mana-mana lelaki kerana aku tak mahu jadi hambanu yang berdosa' .Air matanya deras menitik ke lantai membasahi pipinya sederas air yang mengalir.

Tidur Haikal malam itu tidak lena, dia gelisah, badannya berpeluh-peluh, seolah-olah dia sedang menghadapi satu musibah yang buruk.. Malam itu, Haikal bermimpi ingin berkahwin dengan lelaki pilihannya tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Dia sanggup mengetepikan keluarga dan Tuhan untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semata-semata ingin memuaskan nafsu sonsangnya yang terang-terangan membuatkan Tuhan murka. Seminggu sebelum tarikh pernikahan itu, Haikal terpaksa mengikut keluarganya menunaikan umrah kerana ibunya mahu Haikal mengikutinya. Sewaaktu di hadapan Kaabah, airmata Haikal tidak henti-henti mengalir, Haikal terduduk mengenangkan dosa-dosanya. Lantas, dia bertaubat bersaksikan Kaabah dan bumi mekah. Hari perkahwinannya telah tiba, Haikal akan berkahwin di Argentina, tetapi hatinya enggan meneruskan agenda itu kerana dia telah bertaubat. Haikal ingin menjadi hamba Allah yang bertakwa. Haikal bergegas ke pejabat sivil yang menguruskan pernikahannya itu dan membatalkan perkahwinanya. Dia menangis sekuat hati, dia mahu berubah lalu dia terus melaungkan azan tanda dirinya telah bertaubat. Sejurus selepas itu,Haikal terus tersungkur ke lantai, di saat itu juga Allah menarik nyawanya, dia pergi menyambut seruan Illahi. Haikal terus terjaga dari tidurnya, wajahnya mempamerkan riak ketakutan. Haikal berisghtifar dan terus ke bilik air mengambil wuduk dan melakukan solat taubat.

Haikal terpunduk kaku di atas lantai, saat itu dia terbayangkan keluarganya dan Arora, gadis yang mungkin dapat mengubah takdir hidupnya. Haikal tekad ingin berterus-terang perasaanya terhadap Arora. Dia yakin Arora akan mengubah dirinya menjadi lelaki sejati. Ya, dia yakin, Arora akan menerimanya.

****************************************************
Pagi itu, Haikal bersiap-siap ke kolej. Dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Arora dan berterus terang tentang isi hatinya. Dia pergi ke kelas tanpa mengenakan sebarang makeup dan 'lipstick' yang dulu menjadi kewajipannya. Hatinya berdebar-debar ingin berjumpa Arora, macam-macam perkara bersarang di dalam otaknya. Ketika kakinya melangkah ke kolej, dia terpandangkan Arora, mereka saling berbalas senyuman dan menghampiri gadis cantik itu.

Haikal: hai Ara. ada kelas ke?
Arora: hai Ekal, xdelah, Ara saje je datang kolej nak jumpa Ekal, rindulah. hehe
Haikal: Hurm, Ekal pon rindu kat Ara sangat-sangat. Ekal..Ekal..errrr
Arora: La, kenapa ni Ekal? cakap jela.. maca ada sesuatu je ni. hai, sejak bila malu nak cakap dengan Ara ni?

Haikal terus merentap tangan Arora dan membawanya di satu sudut hujung bangunan kolej.

Arora: kenapa ni Ekal? cuba cakap dengan Ara. Kenapa?
Haikal: sebenarnya, Ekal, Ekal,
Arora: Ekal..Ekal..Ekal apa? suka dekat Ara? HAHA
Haikal: (riak terkejut) camne Ara tau? ye, Ekal suka dekat Ara, Ekal cintakan Ara sejak kita makin rapat. Ekal yakin yang perasaan ni bukan sebab kita rapat, tapi sebab Ekal sukakan Ara. Ekal nak Ara jadi awek Ekal. Ekal yakin yang Ara dapat bimbing Ekal, dapat ubah Ekal.
Arora: Ekal, Ara dah tau lama dah tentang perasaan tu. Ekal tak perlu luahkan, dari gerak geri Ekal pun Ara dah dapat rasa. Baguslah kalau Ekal ada niat nak berubah. kalau boleh Ara pun taknak Ekal terus jadi macamni. Tapi, jangan jadikan perasaan Ekal kat Ara alasan untuk Ekal berubah. Ara xboleh bagi komitmen pada mana-mana lelaki. bukan sebab ekal macamni. Ara harap Ekal faham..
Haikal: tapi perasaan Ekal kat Ara bukan sebab Ekal nak berubah, tapi sebab Ekal memang sayangkan Ara. Ekal perlukan Ara. Mungkin kalau Ekal dengan Ara, Ekal boleh lupakan terus cara hidup lama Ekal.
Arora: Ekal..Ekal..dengar sini sayang. Ara tau yang Ekal sayangkan Ara, cintaka Ara. Ara faham, Ara tak kisah pun.tapi Ara tak boleh, Ara anggap Ekal macam adik Ara, kawan baik Ara. Ara sayangkan persahabatan ni daripada kita mengikat cinta. cinta ni tak kekal Ekal..
Haikal: tapi Ara..Ekal...
Arora: (pantas menekup mulut Ekal) xde tapi-tapi Ekal, Ara harap Ekal faham.walaucamne pun, Ara akan tetap sokong Ekal. Kalau cara yang boleh buat Ekal lupakan lelaki dengan sayang Ara, anggaplah Ara awek Ekal. cintalah Ara. Ara akan tolong Ekal.okay sayang? (sambil memegang tangan Ekal)

Haikal tersenyum sambil membalas pegangan tangan Ara dan beriringan menuju ke restoran di hadapan kolej. Namun di dalam hati Haikal, dia tetap akan berusaha memenangi hati Arora. Dia terlalu sayangkan Arora. senyumnya di dalam hati.

***********************************************************
Hari demi hari, sikap Haikal berubah. Dia persis seorang lelaki sejati. Kelembutannya sebelum ini langsung tidak terserlah. Perwatakkannya lagak seorang lelaki yang 'gentlemen' yang kacak. 'Lipstick' yang menjadi senjata kecantikkan terus dipandang sepi dia atas meja soleknya. Dia beubah karakter untuk memenangi hati Arora dan niatnya untuk terus berubah menjadi lelaki sejati. Namun niat sucinya disalah tafsir oleh kawan baiknya, Munif yang juga lelaki lembut sepertinya. Munif menganggap Haikal menipu diri sendiri, menipu Arora kononya dia dah berubah tapi pada hakikatnya Haikal lelaki lembut yang masih mempunyai nafsu terhadap lelaki. Munif mula meminggirkan Haikal, padanya Haikal seorang lelaki yang berpura-pura dan meraih simpati orang, Munif bencikan Haikal. Dia mula menabur fitnah dan mengapi-apikan Haikal kepada rakan-rakannya. Haikal tertekan, dia sedih kerana kawan baiknya sendiri memperlekehkan niatnya untuk berubah. Dia tekad, dia tidak harus mempedulikan kata-kata Munif. Dia harus berpegang pada dirinya.dan pada ketika itu dia terus teringatkan Arora. Lantas Haikal mengirim sms kepada Arora.

*Ara, mungkin Allah titipkan rasa cinta Ekal kat Ara supaya Ekal
lupakan lelaki. supaya Ara dapat ubah Ekal jadi lelaki yang normal.
Ekal sayangkan Ara sangat2. Ekal xnak kehilangan Ara. Ekal yakin
yang tuhan antar Ara untuk Ekal. DIA xnak Ekal terus terpesong
dan menanggung dosa. cinta Ekal kat Ara ikhlas, bukan semata2
nak berubah tapi sebb memng Ekal cintakan Ara.bila Ekal dengan Ara,
Ekal rsa Ekal jadi lelaki sejati, Ekal tenang bila dengan Ara. Ekal janji,
ekal akan jaga Ara. Ekal sayangkan Ara. ARORA FARHANA, WILL U
ACCEPT ME.??

*1 MESEJ DITERIMA
ARORA :)

*Ekal, Thanks ya sebab pengakuan dan perasaan ekal kat ara. Ara tau
semua tu mcm ara bgtau aritukan. ara bleh tolong ekal sebgai kawan dan sentiasa ada untuk ekal belajar mencintai perempuan.tp mcm ekal tau,
we cant go further.jagn salah sangka,ara tak sedia lagi.ara tak bleh bagi komitmen. ara sayangkan persahabatan kta n hubungan ni lebih berharga.ara taknak nnty perasaan ni musnahkan apa yg kita ada.ekal tau kan yg ara akan sentiasa ada untuk ekal.ara
caya yg ekal akan berubah dan jumpa perempuan yg lebih baik dari ara.okay sayang :D

Airmata Haikal menitis, dia terlalu cintakan Arora. Dia tidak mahu kehilangan Arora. Dia perlu membuat sesuatu. Haikal terus menyarungkan kasutnya dan menahan teksi pergi ke rumah Arora. Dia perlu berhadapan dengan Arora. Dia perlu meyakinkan Arora yang perasaannya bukan mainan, tetapi realiti. Haikal yakin yang malam ini akan mengubah takdir hidupnya, Arora akan menerimanya.

******************************************************

Haikal sampai di perkarangan apartment milik Arora. hatinya berdebar-berdebar. Di tangannya tergenggan erat sebuak botol kaca kecil. isi kandunggannya berkenaan isi hati Haikal terhadap Arora. Setibanya Haikal di hadapan pintu rumah Arora, langkahnya terhenti kerana terdengar perbualan Arora dengan teman serumahnya, Ika.

Ika: Ara, nape kau tak terima je si Ekal tu? kesian aku tengok budak tu. aku tengok korang rapat cam belangkas je, apa salahnya kau terima je dia?
Arora: Terima dia? kau hilang akal ke Ika? Dia tu LEMBUT, manalah sesuai dengan aku.
Ika : isyh kau ni Ara, tak baik cakap camtu. dia tu kan kawan baik kau. kecik hati dia nanti bila dia dengar kau cakap camtu.
Arora: Ah kau, macamla kau pun nak kalau bf kau lembut, kan? kau nak aku malu ker ada bf patah macamtu? isyhh taknak aku. geli...si Ekal tu pon satu tak sedar diri, haha. dah pondan tu pondanlah, dengan 'lipsticknya' 24jam ada hati nak mengorat aku? HAHA
Ika : kau ni Ara, kalau bab mengutuk nombor satu.. dah..dah..aku nak gi dapur buat air.malas nak layan kau ni.

Hancur luluh perasaan Haikal ketika itu. Deras airmatanya mengalir sederas air di kali. Dia betul-betul tidak percaya apa yang diucapakan oleh Arora sebentar tadi. Haikal tak sangka yang Arora sanggup menghinanya. Lantas dia berlari pergi dan saat itu botol kecil yang dipegangnya jatuh terhempas ke lantai..prangggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!

Arora terkejut mendengar bunyi kaca terhempas, "Ika, Ika, bunyi apa tu? kau dengar tak?" Arora terus melulu ke pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila terlihat botol kaca pecah dan di dalamnya ada sebuah nota, lalu Arora ambil dan baca kandungan nota itu

*aku tak minta jadi camni, aku tak minta jadi lembut. tp aku tak pernah merungut,
sbb aku yakin tuhan tu adil. dia nak uji aku. mungkin ni stu anugerah supaya aku
xlupakan dia. tapi, aku terpesong, aku melawan fitrah,aku cintakan lelaki. yg sah2 berdosa bg aku.aku berlagak mcm wanita sedangkan aku lelaki. ye,aku berdosa. tetapi
tuhan dah selamatkan aku.dia ciptakan Arora untuk aku,supaya Arora dapat bimbing aku ke jalan yang benar.ye, aku sayngkan Arora. Dia perempuan yang baik, dia tak pernah kutuk aku macam kawan2 yg lain. dia terima aku cmni. Ye, Arora mmg dicptakan untuk aku.
yaAllah ya tuhanku, ampunkan dosaku, sesungguhnya aku berdosa kepadamu yaAllah. bantulah aku untuk menghadapi dugaan ini. sememangnya aku tidak kuat dengan semua ini. bukakanlah pintu hatiku untuk berubah dan engkau tutuplah pintu hatiku kepada mana-mana lelaki kerana aku tak mahu jadi hambamu yang berdosa' .*

saat itu, Arora meraung sekuat hatinya. Dia telah melukakan hati seorang insan yang mulia, dia telah hancurkan hati insan yang ingin kembali ke jalan Allah. Dia terus melulu ke tingkat bawah dan mengejar Haikal.....HAIKALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!

Haikal terlalu sedih. Dia tidak sangka yang Arora bersikap begitu, dia silap bahawa Arora gadis yang baik, Arora sama sahaja dengan Munif dan rakan-rakan yang lain, yang memperlekehkan niatnya untuk berubah. Haikal kehilangan arah, dia tidak tahu hendak ke mana, langkahnya longlai tanpa arah bagaikan si buta mencari arah jalan. Di hadapannya, sebuah kereta datang melulu, Haikal tidak sempat mengelak, kereta itu terbabas dan........BUMMMMMMMMMM!!!

Arora di hadapan tempat kejadian, api marak keluar daripada kereta itu dan sekelip mata kereta itu meletup dan hancur. HAIKALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!! Haikal meninggal dunia di tempat kejadian, bersama kekecewaan di hatinya, tergenggam erat bersamanya sebatang 'LIPSTICK'.' Lipstick' mengubah hidupnya menjadi mimpi buruk dan 'lipstick' juga menukar dirinya menjadi manusia dua nafsu. Arora terduduk kaku di hadapan mayat Haikal, saat itu matanya berpinar-pinar dan dia pengsan disisi mayat HAIKAL FIRDAUS.

***************************************************
18/10/2010
Arora meraung sekuat hatinya..Dia berdosa kerana menyeksa jiwa Haikal. Dia berdosa kerana dialah punca kematian Haikal. tanpa berfikir panjang, Arora memanjat balkoni dan terjun dari tingkat atas biliknya..DUMMMMMMMMMMMMMMM!! Arora jatuh terhempas di tingkat bawah perkarangan apartmentnya..berakhirlah riwayat hidup ARORA yang kecewa kerana dialah penyebab kematian HAIKAL!!

*JANGANLAH PANDANG DOSA SILAM SESEORANG ITU SEBAGAI HUKUMAN, PANDANGLAH IA SEBAGAI PEDOMAN KERANA TUHAN BERHAK MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA HAMBA2NYA. TERIMALAH DIA KERANA DIA INGIN MENEBUS DOSANYA TERHADAP TUHAN KERANA TUHAN TELAH TITIPKAN HIDAYAH KEPADANYA: