Friday, March 30, 2012

Jalan hidup.


Cuba bilang 1 sampai 100, tak sampai 2minit sudah ke penghujung.

Cuba baca novel 100 muka surat, tak sampai 1jam sudah ke penamat.

Tonton drama 1 jam ke udara sekejap saja sudah bersambung ke minggu hadapan.

Hari ini masuk kerja pukul 8 sekejap saja sudah punch out untuk pulang.

Bercuti 3hari dua malam, esoknya sudah cukup hari untuk check out.

Hari ini baru belajar ABC, pejam mata dah tiba masa untuk SPM.

Hari ini baru sahaja berkahwin, sedar tak sedar kita dah beranak-pinak.

Malam ini baru sahaja kita sambut ulangtahun kita, esoknya kita dah terbongkok-bongkok bertongkat.

Cuba hitung usia kita, tak sampai  separuh abad sudah terasa tua?
Inilah jalan hidup manusia. Jalan yang sangat singkat untuk kita harung. Jangan salahkan dunia yang cepat putar waktu tapi salahkan diri kita yang terlalu leka bila usia menginjak tua hingga kita tak sedar kita masih belum buat apa-apa. Hidup ini terlalu singkat. Rebut peluang semua yang ada. Jangan leka sampai kita menyesal kita tak sempat lakukan apa-apa. Hidup ini TUHAN beri pada kita untuk rebut peluang bukannya buang peluang.

AZWS


Thursday, March 29, 2012

Bila hati berbicara.

Singkat jalan ini, begitu juga hidup kita. Hidup yang tak henti-henti dimusnahkan hati sendiri.
Hingga hati tak diberi hak yang sepatutnya, Seringkali dihukum oleh jiwa sendiri.

Ingat, hidup ini bukan untuk meratap. Bukan juga untuk disakiti. Apa hidup kita terpaksa merana kerana manusia? Buang masa meratapi orang yang bukan untuk kita dan juga sering 'bunuh' kita untuk terus mati. Hati kita dah terlalu parah sampai layu terkulai dalam diri. Kasihankan hati. kasihan raga. Beri peluang untuk ia bernyawa . Kalaulah hati bisa berbicara, mungkin ia akan mengejek kita :-

Aku masih bernyawa, mengapa kau suruh aku mati?


Tolong beri aku udara, aku tak tahan hidup dalam jiwa kau yang sempit !


Tak adil hanya kerna kesalahan orang lain, kau seksa aku separuh nyawa !


Mengapa kau layu? Kau buat aku terkulai-kulai dalam jasad ini.


Hati dia dan aku tak sama, tolong jangan merana kerna aku mangsanya !


Kau tak kasihankan aku hari-hari rasa denyut nadi kau yang lemah dan aku telah lemas !


Kalaulah aku bisa lari ke jasad orang lain aku dah lakukan sekarang kerna kau tak henti-henti buat aku sakit.


Tempat aku gelap, tolong beri aku cahaya.


Aku lemas kerna kau tak henti-henti banjirkan aku dengan air mata kau!


Ingat, seluruh kehidupan kita bukan untuk meratap. Bukan untuk kesedihan. Cantas segala perasaan yang menjatuhkan. Kita hidup kerna TUHAN beri kita ruang untuk jadi manusia kuat untuk harung jerih payah dunia. Bangun. Kita hidup bukan untuk orang. - AZWS

Friday, March 23, 2012

Jangan Murah !

Mengapa begitu murahnya nak korbankan seluruh jiwa hanya kerana cinta yang tak kemana? Kenapa Manusia sering seksa jiwa sampai mati hingga jasad di biar menyendiri? Fikir seribu kali. BERBALOIKAH?- AZWS

Rentetan kisah perjuangan cinta tak pernah berakhir bagi manusia. Ramai orang yang sakit kerana cinta. Mengapa? Berkali aku katakan, berkali aku beri pesan , JANGAN MURAHKAN hati kita untuk itu. Kita tak perlu. Pesan pada hati. Aku tak MURAH. Aku MAHAL. Bukan menyombong tapi beri ruang untuk hati jadi yang tertinggi. Letakkan di aras yang paling atas. - Aku tak perlu cinta yang buat jasad aku merana ! Semat dalam-dalam.

Hidup kita bukan semata-mata untuk cinta manusia. INGAT. Tak perlu terbeban dengan cinta yang berkali-kali rosakkan hidup kita. Sampai bila kita nak jadi hamba? Sampai bila kita mahu merana? Fikir sedalam-dalam. Berbaloikah? Banyak lagi urusan dunia yang perlu kita peduli. Bukan pada kisah cinta yang bagaikan fantasi.

Ya. Kita semua manusia yang tak akan lari daripada perasaan cinta. Perasan benih jiwa untuk dua insan yang sama-sama beri rasa. Itu lumrah dunia. Benar. Tapi jangan letakkan 100% dalam cinta , kekarkan jiwa untuk dia yang bagi harapan namun buang kita hanya kerna hilang rasa . MENGARUT. Buang masa. Buang tenaga. Simpan dan sabar. Satu saat akan termeterai kerna TUHAN sudah tetapkan jodoh kita. Rasa-rasanya kita cerdik tak kerna cinta kita merana?

Manusia ini bermacam-macam 'rasa'. Bukan semua yang mahu terima kita apa adanya. Tak perlu kita agungkan semata-mata nak kejar 'nikmatnya' alam cinta yang tak beri kita nilai walau sebutir kaca dalam diri. Bersihkan diri. Tenangkan jiwa. Bisik pada hati ' hati, tolong jangan murah, aku nak kau jadi mahal sampai harga kau terus tinggi di pasaran'. Ini bukan berlagak tapi beri darjat pada hati jadi yang termahal untuk orang yang sering dagangkan hati kita. Beritahu pada mereka, aku tak ada masa !

Susah tak? Hanya bisik pada hati jadi MAHAL. Jangan murah untuk cinta. Tak susah kan? Jadi tunggu apa? Bisik sekarang ..

Azreen Said
Jumaat, 11.41 pm

Teratak salju dingin .

Thursday, March 22, 2012

Kita masih alpa .

Dunia ini makin jauh ke hadapan,
kita masih di awang-awangan.

Mentari berlegar-legar menerangkan alam,
namun kita masih terasa gelap.

Manusia berpusu-pusu mahu ke bintang,
kita jua yang menantikan hujan.

Siang menanti untuk bertukar malam,
kita masih belum tahu masa sudah terlewat.

Bila mentari sudah terangkan semesta esoknya,
baru kita sedar yang kita tidak punya apa-apa.

Selagi namanya Manusia, kita sering terbuai-buai dengan keseronokan dunia hingga kita terlupa apa yang paling berharga sampai jiwa kita tak habis menyumpah. Salah siapa? SALAH SENDIRI - AZWS

Thursday, March 8, 2012

Korban Cinta Mati .

'Derita jiwa aku taklah seteruk mana, tapi cuba kau masuk dalam jasad aku dan rasa sengsara yang aku tanggung, sakit ! Angkara siapa? KAU

Suatu ketika dulu, kau pernah singgah ke hati aku. Kau hantar jiwa kau terus ke jiwa aku. Kau tiupkan api cinta dan kau biarkan cair di dalam, kau biarkan terus terbakar lalu kau terus pergi tinggalkan aku padam sendiri api yang kau tiup. KEJAM.

INGAT. Aku juga manusia. Hati aku tak murah untuk kau. Aku jaga setiap jiwa dan hati aku daripada melayang ke jiwa orang lain kerana bagi aku kau yang UTAMA. Kerana kau aku jadi hamba sebuah cinta yang terlalu murah untuk aku mahalkan harganya dan kerana kau juga aku jadi boneka yang tundukkan kepala ikut telunjuk CINTA. 

Bila jiwa aku mati, jasad aku terhenti. Bila hati aku terguris, roh aku pun lari. Kerna cinta aku korbankan sampai MATI. Begitu murahnya aku korbankan jiwa hanya kerna sayang yang bukan ke SYURGA.

Atas nama cinta yang aku anggap sampai MATI, aku buang saudara, aku buang keluarga. Aku agungkan insan bernama kau yang hanya jadikan aku ABDI dan aku hiraukan MANUSIA yang saban waktu beri aku NADI.

Jiwa aku makin bernanah. Semakin lama semakin membusuk kerana SUMPAH cinta kau yang ternyata palsu. Aku korbankan jiwa, aku korbankan jasad, aku korbankan MAHKOTA semata-mata untuk kau yang DURJANA.

Kerana mengikut nafsu, aku terpedaya dengan bisikan syaitan. Kerana turutkan hati, aku tersungkur dalam noda hitam. kerana dimurka, aku jadi pemuas nafsu manusia binatang. Namun, aku pasti ‘Tuhan itu maha adil, maha penyayang, maha pengampun, suatu hari nanti aku pasti menemui hidayah anugerahnya !

KORBAN CINTA MATI ini aku umpamakan simbolik hati pada mereka yang terpedaya dengan cinta. Cinta yang buat mereka merana sampai mati hingga sanggup korbankan jiwa. Benar, cinta tak kenal siapa kerana kata orang cinta itu BUTA. Bagi orang yang terlalu asyik dengan cinta maka butalah, cuba celikkan hati, buka jiwa seluas-luasnya maka celiklah cinta. Pada sesiapa di luar sana, tolong jangan korbankan sebuah jiwa hanya kerana cinta yang langsung tak jamin kita masuk ke SYURGA. Aku Mohon, aku rayu, kasihankan diri sendiri . AKU MOHON !