Tuesday, December 18, 2012

Omokan Perasaan

Aku manusia, seperti kau.
aku bukan binatang juga bukan haiwan.
aku punya harga, aku punya jiwa.
kau tolak aku, kau ludah aku, seolah aku hamba mainan perasaan kau
Hebat, kau manusia hebat.
Kau buat manusia ni macam boneka mainan,
kau lupa ya yang kau juga manusia?
Oh aku lupa, kau diciptakan untuk mengadili jasad orang.
Sungguh aku lupa, dunia ini milik kau seorang.
Tahniah, kau berjaya buat aku hilang kawalan,
kau berjaya buat aku tersungkur di jalanan.

Tak apa,
Dunia ini milik kau, buatlah apa saja, kau akan menang.
Kau pasti? Kau yakin?
Oh kau lupa kita juga ada Tuhan ya?
Tuhan yang ciptakan kau. Juga ciptakan aku. Ciptakan semua makhluk.

Aku kesian,
kau lupa yang kau juga akan dihukum.
sampai kau hukum aku hingga terbelit jiwa.
kau buat aku seperti pesakit gila-meronta-ronta.

Tak apalah,
Aku hanya kesian.
Kau terpenjara dalam omokan perasaan.
Kau terperangkap dalam dunia khayalan.

Encik, Tuan, Puan,
Aku masih ada Tuhan, aku tak perlu jatuh untuk kau  yang juga hamba Tuhan, dijadikan juga dari Tuhan.
Hidup aku bukan kau tetapkan. Tapi TUHAN.

Sunday, December 16, 2012

Kejar dunia.

"Dunia tu tak pernah tamak, manusia yang tamak"-AYEN

Dunia ini satu sahaja, tak pernah ada dua atau tiga. Takkan pernah ada beribu. Manusia berpusu-pusu kejar kebendaan, kejar harta, kejar dunia.Apa yang dia nampak di depan mata cuma rasa puas dan bangga. Tak pernah rasa kita diciptakan untuk apa. Jauh sekali untuk rasa bersyukur pada pencipta.

Dunia tak pernah buat kita tamak. Manusia itu sendiri yang berbuat angkara. Rebut sana, kejar sini. Sampai kita terlupa yang kita disini untuk apa.

Mungkin kita terlupa yang kita ni ada tugas, tugas untuk memperingat sesama manusia, sesama makhluk. Tapi kerna kebendaan, kerna kekuasaan, kerna harta benda, kita lupa manusia-manusia di bawah kita.

Kita galak bina kuasa, kita bangga punya harta, kita tabik dada punya pengaruh-sombong, takbur, angkuh, kita sudah tak hirau.

Cuba kita pejam mata, kita fikir dalam-dalam. Di luar sana, banyak lagi manusia yang mungkin tidak senasib dengan kita.-tidur beralaskan helaian kotak, berbumbungkan langit,berselimutkan embun. Mungkin hanya menggalas perut dengan belas ihsan orang ramai.Aduh, kasihan.

Tapi mereka tak pernah mengeluh, tak pernah meratap. Mereka cukup bersyukur kerana di setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya. Tapi kita? Tak pernah. Jauh sekali memikirkan mereka.

Jalan Tuhan ini indah sebenarnya. Buka hati kita luas-luas. Kita hidup untuk apa? Kita hidup kerna apa?