Thursday, August 11, 2011

NAMANYA MANUSIA?

Pabila namanya manusia, pasti tidak akan terlepas dari perasaan iri hati .

Pabila namanya manusia, mesti akan ada rasa sakit hati .

Pabila namanya manusia, yakin sekali suka mengeji .

Pabila namanya juga manusia, bermacam agenda direncana untuk kepentingan diri .

Itulah dia, manusia yang tidak pernah puas menjatuhkan sesama sendiri walhal hidup berkongsi di atas bumi ciptaan Illahi.

Dia yang mengeji-gembira sekali berkata-kata.

Bermulut sumbing menjuih kepada si mangsa Mendebak dada rasa bangga.

Pelbagai tohmah dan cerca dilempar semata-mata memuaskan hati yang berdengki, hitam legam dibalut dendam.

Si mangsa-aduh, kasihan sekali pemuda ini.

Dicerca dimaki berkali-kali seolah dia melakukan pembunuhan bersiri yang meragut nyawa ramai gadis sunti.

Walhal, dia mangsa. Dia yang teraniaya. Lurus bendul sikapnya. Sensitif sekali perasaannya.

Namun , pabila namanya memang manusia,

Tak kiralah lurus bendul sikapnya, sensitif sekali perasaannya, walaupun betapa tertibnya dia,

Orang pasti tetap mengata.

Kerana itulah dinamakan manusia, ada yang berhasad ada yang terpuji.

Si mangsa-aduh, malang sungguh pemuda ini.Dia menjadi subjek untuk ditertawakan.

Selalu benar dia jadi sasaran si mulut durjana.

Mahu tahu mengapa?

Hanya kerana dia kurang paras rupa jauh sekali fizikal yang diidamkan seberapa ramai manusia.

Sekalipun otaknya berguna, bakat dalamnya sungguh luarbiasa,

Hai, langsung tidak dipandang hanya kerana bulat badannya, bertompok-tompok wajahnya, pendek ukurannya, sumbang nada suara.

Hanya kerana pakej dirinya yang dipandang ramai manusia tiada, hukuman itu seolah-olah mengejar dirinya.

Ke mana-mana pasti mengata-melempar kata sinis seolah-olah dia manusia jijik yang tiada apa-apa. walhal mereka yang bernama manusia ini sama sahaja di mata Maha Pencipta. Tiada dibeza kecuali baik buruk amalannya.

Tapi, sudah memang namanya manusia, bukan semua yang baik belaka.

Itu sudah lumrah MANUSIA. Yang jelik sahaja dimata mereka, pasti jadi bahan cerita.

Tapi jika kau kacak perkasa, gagah figura, merdu suara, pasti kau dipuja-puja walaupun kau pada dasarnya tidak mempunyai kebolehan apa-apa, jauh sekali bakat yang harus dibangga, jangan khuatir kerana kau tidak perlu berbuat apa-apa kerana sudah pasti kau pilihan ramai manusia.

Wahai penghuni semesta,

Sudah nampakkah halusnya permainan dunia ini?

Kasihankan si mangsa ? hanya kerana dia tidak punya rupa yang tampan dan figura menawan, hidupnya penuh kedukaan.

Sedangkan si tampan cantik dipandang, disanjung seolah dia raja yang yang ditatang.

Jangan disangkal mengapa?

Kita sudah tahu jawapannya. Permainan ini takkan berhenti .Tahanlah. Sekatlah. Pasti sama, tidak juga terhenti.

Mengapa? Kerana sudah namanya manusia, dikurnia akal yang sama cuma berbeda fikirannya .

Bak kata pepatah orang tua yang bijaksana,

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

#ayenzachery.pencinta sepi.

Thursday, August 11, 2011

4.22 A.M