Tuesday, April 23, 2013

Sayap

Biar sejauh mana hati kita melayang, walau sesakit mana hati kita tercalar ;
Ingat, kita masih ada kawan ; kawan yang selalu mendengar , yang selalu ada di setiap keluh kesah kita.

; aku tahu, jalan kita tak sama
kau dengan arah engkau, dan aku dengan arah hidup aku ;

dulu, kita sama-sama bermain di kaki-lima ; terjun ke sungai mencari ikan,
jerit payah kita harung sama-sama ; bertepuk-tampar

dan, di setiap kenangan itulah, aku teruskan apa yang tersisa antara kita ;
mencari apa yang hilang dalam setiap jalan aku
dan aku lupa, yang kau sebahagian daripada liku jalan ini.

Biar bertahun tak jumpa ; kau tetap sama
sayap aku untuk terus terbang menyelusuri dunia yang gila ini,

Terima kasih untuk terus di sisi; walaupun tak selalu ada ; namun kau tetap dalam hati


Sunday, April 21, 2013

SENTAP

'Sejujurnya aku tak mahu sentap untuk rasa kurang percaya kerna sentap tu racun-boleh menghasut, mungkin juga boleh membunuh, siapa tahu kan? MUNGKIN !

Hati ni dah jadi kecil ; mula jadi sentap untuk benda yang bukan-bukan ; untuk rasa yang sering mempermainkan.

Hati ni dah jadi nipis, mula berbisik setiap kata yang mencurigakan ; berbisik perlahan dan mencuri masuk dalam jiwa ;jadi sentap

Aku tak mahu sentap, aku tak mahu jadi terasa ;

mungkin paranoid; ketakutan ; terasa?

Nak takut apa? Nak paranoid apa?
Itu bisikan jahat, itu bisikan si setan ; suruh kita sentap untuk rasa yang entah apa-apa.
Suruh kita jadi kejam, sentap-menyentap sesama manusia. Untuk apa?

Tak usahlah sentap ; bukan dapat apa-apa pun , dapat sakit adalah kan.

Nak sentap jugak?
Tak takut kena maki dengan hati sendiri nanti "eh kau boleh fikir yang positif tak? Sentap, sentap ; aku pun nak sentaplah"

Bila hati kita sentap, akal kita pun mula mentafsirkan apa yang kita sentap ; dan hasilnya kita jadi dendam  dendam untuk apa? Untuk si sentap. 

Tak usahlah ; biarkan saja, tak dapat hasil apa pun kan?

Friday, April 12, 2013

Angin Syurga

Misha Omar/ M.Nasir /Buddhi Hekayat

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

Ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

Sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku… tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

Friday, February 15, 2013

Jerit Dari Hati

ramai orang kata ; aku ni bergantung harap pada Tuhan;
ramai orang bilang ; aku ini terlalu menjengkelkan;
dan ramai orang kata yang aku ni tak ada apa untuk dibanggakan .

terima kasih,
untuk semua kata hukum itu

aku tak menidakkan,
tidak mengiakan.

teruskan dengan semua tanggapan,
teruskan dengan semua kutukan.

sedikitpun tidak terkesan,
dan secebis pon tidak terluka.

sulit ini, aku yang lalui,
jalan berliku ini, aku yang hadapi,
perit ini, aku yang rasai.

seperti aku bilang,
teruskan.

diri aku hanya aku yang tahu
diri aku, hanya aku yang kenal
bukan kau, bukan mereka dan bukan sesiapa

duka aku, kecewa aku, susah aku,
kau pernah rasa?

Tak pernah !

Wednesday, February 13, 2013

SEPI

Dingin malam kembali meresapi tubuh yang hambar. 
meresap ke seluruh tulang-temulang.
Buat diriku kosong, lesu dimamah kelam.

Biarkan kelam ini memasung tubuhku.
aku rela begini,
dari dibiar sepi tanpa berteman.
aku rela !

dari dihambat celakanya permainan dunia ciptaan manusia,
aku rela begini.
dirantai ulitnya malam,
merantai jasad aku dari berkeliaran dimamah kelam.

dan sepi ini masih seperti dulu,
memeluk aku dikala kelamnya sang mentari.

biar ia pergi, biarkan.
esok ia pasti kembali, pasti !


Sunday, January 27, 2013

Asap Perindu

dan saat ini, hatiku mula merindu,

Jadi detik paling sayu, mungkin akan melayu.
apabila setiap hembusan itu menjelma bayang wajahmu.

Kepulan asap itu menari-nari bayang wajah si perindu,
tersenyum manis menjengah ke kalbu,

Tatkala asap mula pergi dibawa angin,
wajah setulus kasihmu hilang dari pandangan,
hilang dari fikiran.

dan saat ini,
aku masih merindu.

rindu semua tingkah kata yang kau lafaz ke aku,
rindu belai kasihmu yang kau larutkan ke jiwa aku,
rindu senyum simpulmu yang kau panah dalam hatiku.

dan mungkin rindu ini tak keruan lagi,

sudah lama ia tersimpan dalam benak yang paling dalam,
mungkin tak tertanggung lagi.

dan bila hati ini masih juga rindu,
asap perindu itu aku tenung lagi.
agar wajah kau menjelma menari-nari dalam khayalanku.

dan aku berharap lagi,
kau menjelma dalam realitiku menyambut rindu ini.

rindu yang membungkam,
rindu yang tak tertahan,

sampai mati.

yang benar rindu,
si perindu tegar.


Sunday, January 20, 2013

Carilah aku

cari aku bila perlu,
dan aku pasti ada untuk itu.

tapi bila aku ada saat itu kenapa saja aku tak dipedulikan ?

buang jauh rasa itu,
tenggelamkan ia ke dasar lautan paling dalam.

aku tak mahu sentap untuk rasa kurang percaya

aku tak mahu jadi api yang membakar rasa kita.

Biar aku sendiri,
kalau kau bosan, carilah.

aku memang tempatnya!

Suara Gelandangan

Suara-suara enteng telah lama mengetuk gegendang telingaku,
Sehingga aku sudah lali dengan irama si pencaci.

Aku tabur rasa sakit ini di jalan,

Aku tahan rasa pedih ini sendiri, tanpa sesiapa di sisi.

Lorong kotor yang kau jijikkan ini,
Jalan sempit yang kau hinakan ini,
adalah rumahku.

Walaupun ditembak berkali-kali,

Dijatuhkan sejuta kali,

Aku takkan mudah tersungkur untuk kau yang bukan beri aku nadi, tapi buat aku mati.
Untuk apa aku menyerah?

Biarpun aku manusia gelandangan,

Jiwa ini masih jiwa seorang manusia,

Yang punya rasa ingin bahagia.
Punya rasa ingin dikasihi.

Sekali lagi rasa sakit ini aku tahan-kerna aku yakin Tuhan sudah tetapkan perjalanan hidupku.

dan malam ini, airmata aku jadi saksi.

Tumpah pada jalanan yang menghidupkan aku-membesarkan aku dengan erti hidup sebenar.

Thursday, January 3, 2013

Separa Sedar

Pertama kali aku terpandang, hatiku terpaut,
jiwaku berasak-asak mahu keluar
mencari apa yang belum jumpa.

Di celah-celah ribuan manusia, aku mencari,
Mencari satu jiwa yang terpanah di hati
Mencari satu cinta yang abadi.

Bila akal merasuk, jiwa mula goyah
Aku dipanah dek api asmara
aku goyang dengan mainan cinta.

Akalku separa sedar,
separuh di alam nyata,
separuh lagi terbang nun jauh berfantasi di sana.

Oh aku gila.
Aku gilakan cinta dia.

Aku mahu terus begini,
Biarkan jiwa menerawang di pelosok udara mencari,

Biarkan aku separa sedar.
Jangan bangkitkan.
Biar.