Wednesday, December 28, 2011

Jangan padam .


Lewat malam ini, aku terpandang 'status' ini di wall 'dia' selepas beberapa hari di post. dalam maknanya. tersirat maksudnya. adakah ditujukan untuk aku? haraplah tidak. - bertahun aku tunggu, bertahun aku padam hati pada orang lain, bertahun aku nafikan cinta yang datang, selain kau. orang kata aku gila kerana tunggu kau sebegitu lama. benar, aku gila sebab kau. kau kata aku buang masa tunggu kau. tidak. bagi aku tunggu kau buat aku jadi orang sabar. sabar kerana cinta kau. - kau tak pernah sesakkan jiwa aku, kau tak pernah sakitkan hati aku. tak apa. aku sanggup tunggu. tak kira berapa abad lamanya, kerana jiwa kau masih terlekat di hati aku.

'hati aku bukan makanan yang boleh suka-suka aku tukar ikut citarasa kalau aku tak mahu' - AZWS


tak stabil

ramai orang tanya aku kenapa asyik update status semua sedih-sedih. maaf, minggu ni minggu 'rapuh'. Hati aku rapuh. jadi, aku update lah benda-benda sedih sebab nanti bila aku di puncak, aku baca semula tulisan-tulisan ini, aku akan sedar yang aku pernah di bawah. jangan terlalu asyik di puncak sampai kita lupa toleh ke belakang 

minggu ni minggu stress jugak. semua minggu DATELINE.
skrip kena antar minngu ni. thesis kena submit minggu ni. video kena edit minggu ni.
penat. penat. penat. bukan merungut tapi cuma keletihan.

kepala pun pening. OK. bye

Tuesday, December 27, 2011

Tuhan mahu kau celik mata !

'sahabat' itu anugerah terindah dari Tuhan. Tuhan ciptakan dia untuk sama-sama kau mengharungi jerih-perit dunia. sahabat itu lebih mahal harganya dari kekasih kerana 'sahabat ' itu tetap dengan kau walaupun kau ditinggalkan orang yang kau sayang. 
'kawan sampai mati'


kau kata kau sahabat, berkongsi suka dan duka dunia. kau bersumpah sampai mati hubungan kita. 
kau bicara,aku takkan kau lupa, takkan pernah terabai walaupun sesaat.
kau janji yang apa jua sengketa, kita tetap sahabat sampai ke syurga.
suka duka hidup-aku dan kau lalui bersama-sama.
buruk baik diri aku - begitu juga kau, kita tahu segalanya.

cuba kau ingat, kalau kau derita siapa di sisi kau?
di kala kau terjatuh siapa yang bangunkan kau?
di saat kau hampir lemas siapa yang selamatkan kau?
aku. aku tak pernah harapkan balasan, aku cuma harapkan kesetiaan.

Tapi kenapa masa aku 'terhempas' kau biarkan?
Mengapa saat aku terkapai-kapai kau tak hulurkan tangan?
aku tuntut sumpahmu-aku pegang janjimu.
tapi kau hilang-terus lenyap.

terima kasih sahabat-kalau itu janji dan sumpahmu, maka akulah yang buta.
aku tak berduka, aku tak kecewa, aku harap kau bahagia . aku harap kau takkan dapat karma sepertimana yang kau lakukan pada aku dulu.
aku tak sekejam itu, kau pernah jadi sahabat aku. 

mahukah kalian jadi teman aku sehingga ke syurga?
mahukah kalian bersama-sama aku mengharungi dunia?
mahukah kalian terus disisi aku kala aku derita?
mahukah kalian terus di samping aku ketika duka tanpa saat gembira?
mahukah kalian pinjamkan telinga mendengar keluhan aku setiap masa?


RASA DARI JIWA: - Tuhan mahu aku celik mata. - sahabat bertahun-tahun tapi segala pengorbanan aku di persia. Tak apalah, Dunia ada karma. Redhakan saja. Jangan berdendam. Takut Tuhan murka. Doakan saja. -Sahabat itu memang ada, beribu bahkan berjuta. Tapi tak banyak yang sanggup teman kita sampai ke syurga. Dan hari ini aku gembira punya sahabat yang masih setia. - aku ambil kata-kata teman baruku- teman ke syurga-yang dipertemukan dengan rasa, di satukan dengan izin Tuhan.

kalian bateri yang di ON dari Tuhan-BSA.

Kepada semua teman aku-SEMUA. Aku syukur ada kamu untuk aku mengharungi dunia. Luka yang aku tempuh aku sudah cantas. Kalian adalah SAYAP KIRI DAN KANANKU !-AZWS

Monday, December 26, 2011

MENANGIS !

Bila masalah menguasai diri, jalan terbaik, menangis ! hilang segala beban, hilang segala keperitan . menangis itu ubat . Benar, bila aku sering dilanda masalah, aku menangis, bukan mengada tapi selepas menangis, automatik kepala aku terasa ringan, hati aku tenang. Menangis itu ubat. Cubalah. Menangis. Keluarkan segala apa yang tertekan di dalam hati. Pindahkan dari bersarang di dalam jiwa. Menangislah. Kalian pasti tenang . - AZWS

Sunday, December 25, 2011

Seribu kali kau cerca aku, Sejuta kali aku bangun !

Ditujukan khas kepada orang yang pernah 'jatuh' kerana dicerca

*kita masih manusia yang punya perasaan dan harga diri. Hak mutlak itu takkan pernah hilang !

Pernah satu saat , aku terjatuh teruk, terduduk , menyembah bumi-parah. Dunia yang aku lalui kelam, tanpa orang-orang sekeliling yang menyokong. Aku benar-benar 'patah', insan-insan yang aku harap dapat beri sokongan mahupun nasihat tiada, senyap, sunyi. Tiada khabar berita yang aku terima, tiada salam yang bersambut, tiada senyum yang dilempar-hanya 'cacian, kata-kata hina dan senyum sinis yang aku dapat sebagai ganjaran.

Persoalan aku ketika itu-salahkah aku? hinakah aku? buruk sangatkah aku? berkali-kali aku mushasabah diri, jujur aku katakan-saat itu aku 'jatuh' teruk, seolah-olah aku hilang dalam dunia. Perlakuan dan tinghkahlaku aku yang ceria aku padam, aku bertukar jadi murung, bisu dan muram. Aku ditentang kerana aku sekadar bersuara, aku bangkitkan hak yang ditolak mentah-mentah tanpa hukuman-aku hanya pertahankan hak manusia jagat-kalau aku tak suka, aku katakan, kalau aku tak setuju aku suarakan-tapi mengapa aku dibenci sedemikian rupa? Kalian kata aku berlagak pandai? kalian persoaalkan suara yang aku lontarkan, kalian siniskan senyuman pada aku.

Penampilan aku yang kalian suka hukumkan? Fizikal aku yang buat kalian tidak senang? mengapa? kerana aku bukan ada wajah yang tampan seperti teman-teman kalian yang lain? kerana aku bukan berdarah kacukan? hanya kerana itu kalian senang-senang jatuhkan hukuman tanpa lihat apa kelebihan dan keistimewaan yang aku ada.

Cukup-dulu aku 'patah', aku jatuh kerana kalian, aku rapuh kerana kalian-tapi hari ini aku ucapkan terima kasih, kerna kalian juga, aku mampu bangun dengan gagah, aku melompat dengan perkasa - kerana berkali-berkali aku beri ruang kepada hati untuk bersuara- usah di dikisah kata orang, nanti kau binasa, bangunlah dan tertawa, itu tanda kau bangun dengan semangat yang gagah !

wahai insan yang pernah mengalami nasib yang serupa-jangan meratap dengan takdir, jangan persoalkan kenapa kau dihukum sedemikian rupa- redhalah dengan takdir yang Tuhan tentukan, pasti Tuhan ada sebab mengapa kau berhadapan dengan hidup sedemikian rupa. Ingat, setiap perkara dan benda yang Tuhan jadikan bukan saja-saja, pasti ada sebab. Kau hanya perlu bangun dan ketawa. Ketawa untuk orang-orang yang mengeji engkau, buktikan pada mereka yang kau langsung tak tergugat. Tunjukan pada mereka yang kau takkan jatuh langusng dengan tindakan mereka. Itu bukti yang kau kuat. Orang kuat akan jatuh dulu, bila dia bangun dari lemah itulah baru kuat . bukan?

Cuba kau fikirkan kembali, untuk apa kau jatuh sehingga mengabaikan tanggungjawab kau pada dunia? untuk apa kau menangis hanya kerana orang-orang mengeji kau?kau fikir mereka akan simpati dan berhenti mengeji? Tidak ! mereka akan terus menghina dan mengeji sehingga akan buat kau mati. Fikir, seribu kali kau dicerca, sejuta kali kau akan bangkit. Buktikan pada mereka yang kau kebal. kau kebal dengan semua tohman. kau takkan sekali-kali rebah.

Kalau kau rasa kau 'patah', cantas. ingat perkataan ini. cantas, cantas, cantas sehingga perasaan 'patah' kau hilang. Hapuskan ! Bersahabatlah lagi dengan mereka yang mengata dan mengeji engkau kerana sebenarnya mereka itu adalah ubat dan anugerah, ubat yang buat kau bangun dari kecewa, anugerah yang buat kau berjaya, jangan sesekali kau abaikan mereka. Jika mereka tak mengeji dan mengata kau, tak mungkin kau akan kuat seperti sekarang bukan? sebenarnya mereka adalah ubat, daripada orang-orang yang sering puji kau melambung sampai kau khayal-bukankah tu racun? Jangan termakan selalu dengan kata-kata pujian, aku takut kau hanyut dengan keangkuhan.

Pesanan : Nota ini aku tujukan kepada mereka yang jatuh kerna dihina. Aku pernah lalui, sukar. tapi berkali-kali aku pujuk hati-cantas, cantas, cantas-akhirnya aku boleh bangun menjadi manusia yang gagah. Dan sekarang aku sudah temui diri aku, aku bangga dengan apa yang aku ada dan aku takkan berhenti berjuang dengan apa yang aku cita-citakan ! kalian nak mengeji aku lagi? silakan, aku tunggu sahaja, itu ubat !

Wednesday, December 21, 2011

Dendam Cinta

cinta- satu perkataan keramat yang suci. Baja ketika suka, tapi awas ia bakal jadi racun ketika duka. Pernah cinta kamu di tolak mentah-mentah saat kamu bersedia mencintai seseorang? Pernah cinta kamu dibuang jauh dengan alasan kamu bukan untuk dia? Perit bukan? seolah-olah hati terguris laju dengan sebilah pedang tajam.

wahai hati yang 'rapuh'-tolong cantas luka itu. Jangan biarkan bersemadi dalam jiwa, aku takut menjadi racun yang bercambah jadi dendam. Dendam itu adalah racun yang akan membawa mati. Mana tahu orang yang tidak berdosa menjadi mangsa nanti.

Aku tahu kau 'rapuh' saat cinta suci kau ditendang jauh-jauh seolah-olah kau tak diberi hak langsung sebagai manusia untuk mencintai. sabar, itu ujian Tuhan, mungkin Tuhan tak restui jodoh kau dengan dia, mana tahu kau akan dapat seseorang yang lebih hebat dari dia .

Memang benar, saat kita sedang 'rapuh' dalam cinta, cinta yang suci itu bertukar jadi dendam yang meruap-ruap. Dendam yang langsung tidak membawa keuntungan. Cinta yang kita pupuk untuk orang yang kita sayangi bertukar jadi dendam, dendam itu hasutan, boleh membunuh. Percayalah.

okey, fine, dulu dia tolak cinta aku mentah-mentah,
sekarang, dia nak pulak dengan aku.
jangan harap lah, aku akan buat macam apa yang dia pernah buat dekat aku dulu.
aku nak dia rasa apa yang aku rasa !

Jangan, tolong jangan lakukan. Cantas luka lama kau. Cantas segala dendam. cantas, cantas. Jangan kau biarkan hati luka demi dendam kau pada orang yang kau sayang. Bagi aku, jika orang itu tolak cinta kau, maknanya itu bukan jodoh kau, tapi bila orang itu datang kembali mencari cinta yang kau pernah tadah, itulah jodoh kau. Benar, orang itu disedarkan oleh Tuhan, Tuhan tidak mahu kau bersedih, meratapi nasib, maka Tuhan titipkan kembali 'jodoh' kau yang telah pergi. Jangan tinggikan ego kau, jangan tanamkan dendam, aku tahu kau masih cinta, cuma dendam kau menutupi perasaan suci itu. Maka itu aku katakan, cantas. Dendam itu boleh membunuh cinta yang kau tanam. Orang yang sedang rapuh, cantas luka kau, hapuskan dendam cinta kau..

LELAKI TERHEBAT !

DEDIKASI KHAS UNTUK BSA-BICARA SAMA AWAN
TEMAN BARU DI ALAM MAYA.

Indah, sungguh indah segala kata-katanya. Pernah satu ketika, bila aku 'jatuh', aku baca semua tulisannya, aku tersedar dari lamunan. Puitis, itu gambaran yang bisa aku ungkapkan. Bila baca karyanya, seolah-olah aku di awangan, asyikkkk dengan dunia aku yang 'satu'. Hilang segala beban yang memundak di atas kepala. Kalau orang lain hiburan mereka mendengar lagu atau membaca majalah, blog BSA ini adalah hiburan aku. Hiburan untuk aku jadi manusia yang cekal, manusia yang tabah. Hiburan untuk aku 'motivasi' diri aku saat aku dicemuh. Jujur, jujur aku katakan BSA banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar. Bagaikan ketagih, setiap hari pasti aku menjengah tulisan-tulisannya untuk aku terus segar meniti hari yang mencabar ini. Dan setiap hari aku berdoa, agar aku dipertemukan berjumpa secara realiti dengan 'lelaki hebat' ini, untuk berkongsi rasa, berkongsi suka duka dunia. berkongsi minat yang sama. InsyaAllah.

psst: BSA, saya tak tahu nama kamu. saya panggil kamu abang lah ya..hihihi salam perkenalan, kembali, harap kita dapat ketemu di alam realiti, kamu idola saya . kamu hebat ! terima kasih kerna menerangi hari saya ! kamu hebat .

Aku masih manusia yang berkongsi dunia dengan kamu semua !

Pelacur !
Pelacur jalanan yang hanya memberi tubuh kepada mana-mana pelanggan.
; kotor, busuk, jijik, hina.
kata-kata sumpahan itu seolah-olah meletakkan pelacur itu di tahap yang paling rendah-serendah tapak kaki yang dipijak-dipijak.
kata-kata makian itu seolah-olah menggambarkan yang pelacur itu bukan manusia yang diberi hak untuk bebas.
; iya, dia pendosa. dia pernah membuat dosa terkutuk, , menjadi pelacur, menyerahkan batang tubuh untuk dijamah lelaki-lelaki keparat dengan hanya 'beberapa' jumlah wang.
dosa silam yang mehantui seluruh jalanan hidupnya-maka selamanya dia digelar 'pelacur' durjana,
;perempuan jalang, perempuan sundal-kata-kata itu sudah sebati dalam hidupnya, ia seolah-olah sumpahan yang menghukum dirinya dan terus dipenjara dalam keadaan yang paling hina.

sejujurnya, aku simpati, simpati dengan nasib mereka yang bergelar 'pelacur' ini. Kita sebagai hamba Tuhan juga tidak diberi hak untuk menghukum orang, siapa kita untuk menghukum dosa manusia? walikah kita? kita juga dihukum amalan-amalan kita.

Pelacur-walau mereka sudah kembali ke pangkal jalan, bertaubat nasuha sekali pun, gelaran 'hina' itu seolah-olah terlekat di mata masyarakat-kemana-mana dia pergi perkataan 'pelacur' terluah di bibir-bibir mereka yang gelap hati, buta hati dengan kebenaran. Aku kesal dengan manusia sekarang, senang-senang menjatuhkan hukuman hakikatnya manusia itu sudah bertaubat, menginsafi dan mengesali kesalahan masa silamnya. Tidak bolehkah kita buka ruang? buka ruang untuk hati menerima taubat manusia itu.

;Pelacur-aku tahu mereka tidak minta jadi begini, siapa saja tidak mahu hidup derita bukan? aku percaya, keadaan yang memaksa, keadaan yang menekan, kita tidak tahu rentetan hidup mereka, nah, maka kita tidak harus sewenang-wenangnya meletakkan hukum.

Tolonglah manusia-manusia sekalian-aku wakil kepada 'pelacur' di mana sahaja mereka berada;tolong jangan hina mereka, mereka juga makhluk tuhan yang berkongsi dunia dengan anda, tolong, beri mereka ruang untuk terus bernafas. beri mereka ruang untuk berkongsia rasa dan berkongsi udara Pencipta. Tolong ! kalau kau benar-benar manusia yang mempunyai hati, hentikan kata nista itu kerana mana tahu 'kata-kata' nista kau itu boleh 'membunuh' bukan? Tolonglah, mereka juga manusia !

Friday, December 16, 2011

Ini cerita tentang aku yang 'luka'

Ini cerita tentang aku, cerita yang mungkin sama dengan orang yang senasib denganku. Cerita yang sama dengan insan yang tidak pernah merasakan diberikan hak yang seadil-adilnya sebagai seorang manusia.

Ini kisah aku, kisah yang boleh buat aku jadi gila atau mungkin putus asa. Putus asa dengan manusia yang sering menjatuhkan hukum ikut suka-suka. Sering menilai luaran tanpa melihat dalaman. Ya, sudah aku bilang, lumrah orang yang digelar manusia, sering menjatuhkan hukuman tanpa dibicara terlebih dahulu.

Kisah ini aku aku ungkap tentang cinta. Cinta yang orang anggap indah, cinta yang orang rasa bahagia, cinta yang manusia rasa tenang. Tapi tidak bagi aku, cinta aku adalah tragis. cinta berdarah. Cinta bagi orang tidak punya apa-apa seperti aku, buang masa. Yang sering orang pandang enteng dan permainkan.

Siapa tak pernah jatuh cinta? Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah jatuh cinta, banyak, ya memang banyak, tapi 'banyak' juga hati aku dilukai. Kenapa? kerana aku tak tak punya apa-apa untuk dibanggakan. Rupa , harta, jauh sekali. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku ada hati, aku ada perasaan, aku ada bakat dan keistimewaan anugerah Allah, itulah harta yang aku miliki.

Aku ingin berkongsi satu cerita, aku pernah rasa terhina, sungguh, sehingga pernah aku putus asa dengan dunia. Mengapa? di laman sosial maya, aku pernah ingin berkawan dengan seseorang yang indah 'paras' rupanya. sungguh, lalu aku menjemputnya untuk menadi kawanku. Hanya ingin menambah kenalan. Tau apa yang dia balas?

DIA: Ewwwwww, tolonglah.

Lalu 'dia; terus memblok aku dari senarai rakannya. Terkesima, sungguh aku terkesima, hina sangatkah aku, buruk sangat ke aku? Tabah, mujur aku tabah, bukan semua manusia seperti itu. masih ada manusia yang memiliki secangkir hati yang ikhlas. Ihklas, satu perkataan yang mulia.

Pernah satu masa , aku bersembang dengan rakan-rakan."aku tak kisah sapa nak jadi pasangan aku, serius aku tak pilih rupa, , cukup, cukup dia seorang manusia, manusia yang mempunyai hati, terima aku dengan apa yang aku ada, kalau namanya manusia, bagi aku 'dia' dah cukup sempurna.

Niat aku ditertawakan, niat aku ditempelak. Mereka kata aku hipokrit, karut, aku tak jujur. Mereka mempersendakan aku. Mereka bilang, mana ada 'orang' macam tu lagi sekarang. Mereka bilang 'Habis tu kau nak sehidup semati tengok muka dia yang buruk sampai akhir hayat kau? tolonglah bro, jangan nak baik, kisah dongeng semua tu bro'.

Habis tu, orang yang tak ada rupa, tak ada apa-apa, langsung tak punya hak? langsung tak ada peluang, karut, cetek sungguh pemikiran orang macam tu.

Lumrah manusia mmbezakan yang indah dan buruk, aku jua tak terlepas, tp setelah aku knal seorang insan berhti suci ini, aku tersentuh.masih ada lagi manusia yg tidak prejudis. Kata2 keramatnya yg mntuh hatiku "aku lihat dia sbg seorang manusia,tnpa cacat cela",kdg2 aku terfikir, tak semua mnusia dpt keadilan yg sewajarnya, dengan kehadirannya, mmbuatkan aku teruja untuk mendekatinya,hatinya suci. Sungguh .masih ada orang yang mulia. sungguh. dia baik.

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Benar, hidup ini banyak manusia yang membezakan. Itulah harga yang perlu dibayar. Tapi tolong jangan luka, cantas luka kau itu, seperti apa yang telah aku lakukan dulu. Persetankan apa kata orang tentang kau, kau mampu hidup dengan kata-kata nista. Itu ubat, ubat yang akan sembuhkan 'luka' kau itu. Ubat yang akan jadi penawar untuk merawat semua 'luka'. Maka itu terus, jangan berhenti rawat 'luka' itu. Cantas.

Thursday, December 15, 2011

TERBANG


'dia selalu merasakan yang dia 'gagal'. Gagal dalam semua hal, kalah dalam permainan hati, tewas dengan duniawi'

'dia selalu merasakan yang dia tidak beruntung, tidak mempunyai tuah'

'dia selalu merasakan yang dia tidak dirahmati, bukan insan terpilih'

'Dia' adalah seorang manusia yang kecewa, kecewa kerana dunia seakan mengejinya. Dia terbelenggu dalam dunia hitam yang penuh muslihat. Dalam hidupnya penuh keladak hitam yang telah menutup sebahagian hati sucinya. 'dia' dipandang keji kerana kisah hidupnya, kerana kejahatannya, kebaikannya masih terselindung di sebalik hijab, masih belum terungkai. Dendam, dendam itu yang membawanya kepada kesesatan, dendam itu seolah-olah mengajarnya menjadi insan yang luput sifat kemanusian.

"dendam itu racun yang boleh membawa mati"

dan pengakhirannya, dendam itu membawanya ke satu dimensi yang baru, memang benar, dendam itu menyebabkan satu kematian, kematian seseorang yang ' dia' sayangi, kematian yang membawa kepada penyesalan seumur hidup. Namun, di sebalik penyesalan hakiki itu, dimensi itu membawanya kepada kehidupan baru, kehidupan yang jauh dari kehitaman, kesesatan.

kepada 'dia', terbanglah kau. terbanglah mencari hidup baru. terbanglah kau mencari nafas yang lelah sebelum ini, terbangla meneroka kebaikan yang tersisa. Aku faham, bukan senang hidup dalam kalangan manusia yang sering membezakan, namun itulah harga yang kau perlu bayar jika kau bergelar manusia. Maka, terbanglah kau mencari erti hidup dan siapa diri kau yang sebenar. Berhentilah menjadi manusia pendosa, manusia derhaka. Aku rayu, terbanglah, jangan kau berhenti. cari 'diri' kau sampai kau ketemu. Jangan kau kenal erti putus asa. Jangan kau kenal erti 'tewas'. Terbanglah, carilah dunia kau.

*Terbang-kisah lara seorang lelaki yang bergelumang dengan dunia kejahatan, dia hendak keluar dari sangkar jahat yang mengurungya, namun dendam yang tumbuh dari hatinya yang memerangkanp kehidupannya-dendam itu racun yang boleh membawa mati. Maka dia terbang, terbang mencari dunia yang baru.

cerita ini aku kongsikan kepada kamu semua, cerita yang akan aku jadikan realiti dalam bentuk drama, tontonan kepada masyrakat untuk menilai. 'jahat itu bukan kekal, boleh di ubah'. oh ya, aku bertindak sebagai penulis skrip dan aku masih berjuang ke arah itu. Doakan aku, doakan 'dia'.

DIALOG DENGAN TUHAN

Hari ini aku tersungkur,

esok aku jatuh,

lusa aku lemah.

mungkinkah kalau berterusan begini aku akan mati?

Tidak. Aku takkan mengalah dengan secebis kedukaan,

aku takkan menyerah dengan sebesar zarah keperitan,

aku tak mahu tunduk dengan ego kesedihan.

sebab aku takut aku tersungkur di lorong kesusahan.

kerana aku sedar, orang yang lemah mudah dihasut godaan,

orang yang gusar cepat diserang ketidakwarasan,

orang yang kecewa akan hilang daya fikiran.

maka sudah tentu akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Aku mahu bangkit walaupun hakikatnya aku lemah.

aku tak mahu tersungkur, jatuh, lemah seterusnya mati.

ramai lagi orang yang menanggung keperitan, bukan aku sorang.

nah . mereka masih bisa hidup dan ketawa dengan hidup mereka,

inikan pula aku hanya menerima ujian kecil daripada Tuhan?

Bangun. Ya aku perlu bangun. hidup perlu bergerak. Nadi harus sentiasa berdenyut.

ramai lagi orang yang malang, terima ujian besar,

namun hidup mereka sentiasa diberkati kerna mereka tak pernah menyesali takdir dan ujian Tuhan.

inikan pula aku yang baru sahaja digertak dengan cubaan?

Bangkit. gerakkan fikiran. hayunkan kaki.

Bangkit aku bukan kerana kecewa tapi bangkit aku kerana aku yakin ini adalah hikmah.

Hikmah dari Tuhan, satu ganjaran lumayan,

aku belajar bersyukur, Tuhan.

AyenZachery Wartawan Skandal . Azreen Said 2011.

Dialog dengan Tuhan.