Sunday, December 25, 2011

Seribu kali kau cerca aku, Sejuta kali aku bangun !

Ditujukan khas kepada orang yang pernah 'jatuh' kerana dicerca

*kita masih manusia yang punya perasaan dan harga diri. Hak mutlak itu takkan pernah hilang !

Pernah satu saat , aku terjatuh teruk, terduduk , menyembah bumi-parah. Dunia yang aku lalui kelam, tanpa orang-orang sekeliling yang menyokong. Aku benar-benar 'patah', insan-insan yang aku harap dapat beri sokongan mahupun nasihat tiada, senyap, sunyi. Tiada khabar berita yang aku terima, tiada salam yang bersambut, tiada senyum yang dilempar-hanya 'cacian, kata-kata hina dan senyum sinis yang aku dapat sebagai ganjaran.

Persoalan aku ketika itu-salahkah aku? hinakah aku? buruk sangatkah aku? berkali-kali aku mushasabah diri, jujur aku katakan-saat itu aku 'jatuh' teruk, seolah-olah aku hilang dalam dunia. Perlakuan dan tinghkahlaku aku yang ceria aku padam, aku bertukar jadi murung, bisu dan muram. Aku ditentang kerana aku sekadar bersuara, aku bangkitkan hak yang ditolak mentah-mentah tanpa hukuman-aku hanya pertahankan hak manusia jagat-kalau aku tak suka, aku katakan, kalau aku tak setuju aku suarakan-tapi mengapa aku dibenci sedemikian rupa? Kalian kata aku berlagak pandai? kalian persoaalkan suara yang aku lontarkan, kalian siniskan senyuman pada aku.

Penampilan aku yang kalian suka hukumkan? Fizikal aku yang buat kalian tidak senang? mengapa? kerana aku bukan ada wajah yang tampan seperti teman-teman kalian yang lain? kerana aku bukan berdarah kacukan? hanya kerana itu kalian senang-senang jatuhkan hukuman tanpa lihat apa kelebihan dan keistimewaan yang aku ada.

Cukup-dulu aku 'patah', aku jatuh kerana kalian, aku rapuh kerana kalian-tapi hari ini aku ucapkan terima kasih, kerna kalian juga, aku mampu bangun dengan gagah, aku melompat dengan perkasa - kerana berkali-berkali aku beri ruang kepada hati untuk bersuara- usah di dikisah kata orang, nanti kau binasa, bangunlah dan tertawa, itu tanda kau bangun dengan semangat yang gagah !

wahai insan yang pernah mengalami nasib yang serupa-jangan meratap dengan takdir, jangan persoalkan kenapa kau dihukum sedemikian rupa- redhalah dengan takdir yang Tuhan tentukan, pasti Tuhan ada sebab mengapa kau berhadapan dengan hidup sedemikian rupa. Ingat, setiap perkara dan benda yang Tuhan jadikan bukan saja-saja, pasti ada sebab. Kau hanya perlu bangun dan ketawa. Ketawa untuk orang-orang yang mengeji engkau, buktikan pada mereka yang kau langsung tak tergugat. Tunjukan pada mereka yang kau takkan jatuh langusng dengan tindakan mereka. Itu bukti yang kau kuat. Orang kuat akan jatuh dulu, bila dia bangun dari lemah itulah baru kuat . bukan?

Cuba kau fikirkan kembali, untuk apa kau jatuh sehingga mengabaikan tanggungjawab kau pada dunia? untuk apa kau menangis hanya kerana orang-orang mengeji kau?kau fikir mereka akan simpati dan berhenti mengeji? Tidak ! mereka akan terus menghina dan mengeji sehingga akan buat kau mati. Fikir, seribu kali kau dicerca, sejuta kali kau akan bangkit. Buktikan pada mereka yang kau kebal. kau kebal dengan semua tohman. kau takkan sekali-kali rebah.

Kalau kau rasa kau 'patah', cantas. ingat perkataan ini. cantas, cantas, cantas sehingga perasaan 'patah' kau hilang. Hapuskan ! Bersahabatlah lagi dengan mereka yang mengata dan mengeji engkau kerana sebenarnya mereka itu adalah ubat dan anugerah, ubat yang buat kau bangun dari kecewa, anugerah yang buat kau berjaya, jangan sesekali kau abaikan mereka. Jika mereka tak mengeji dan mengata kau, tak mungkin kau akan kuat seperti sekarang bukan? sebenarnya mereka adalah ubat, daripada orang-orang yang sering puji kau melambung sampai kau khayal-bukankah tu racun? Jangan termakan selalu dengan kata-kata pujian, aku takut kau hanyut dengan keangkuhan.

Pesanan : Nota ini aku tujukan kepada mereka yang jatuh kerna dihina. Aku pernah lalui, sukar. tapi berkali-kali aku pujuk hati-cantas, cantas, cantas-akhirnya aku boleh bangun menjadi manusia yang gagah. Dan sekarang aku sudah temui diri aku, aku bangga dengan apa yang aku ada dan aku takkan berhenti berjuang dengan apa yang aku cita-citakan ! kalian nak mengeji aku lagi? silakan, aku tunggu sahaja, itu ubat !

2 comments:

  1. pernah alami nasib yang serupa..

    untuk apa di tangisi segala perit?
    teruslah melangkah dengan senyuman..
    hari yang indah menanti di depan..

    :)

    senyum tak bermakna perit itu hilang tapi senyum itu yang menguatkan setiap langkahan.

    ..semakin kuat..

    ReplyDelete