Wednesday, January 11, 2012

Bersabar ya perut yang ku sayang !

Di satu sudut lorong kelam, seorang anak kecil tersedu-sedan. Pakaiannya compang-camping, bajunya lusuh. Badannya berbau hamis. Sesekali dia memegang perutnya. Pipinya berjujuran air-air jernih mengalir dari matanya yang tulus. Seluruh anggota badannya bergetaran. Menggeletar tubuh anak itu. Perutnya sakit. Anak itu kelaparan. Sudah tiga hari anak itu tidak menjamah sebarang makanan. Hanya air paip dari kedai-kedai yang berdekatan mengisi anak tekaknya. Perutnya berbunyi lagi. Anak itu menangis. Dia terlalu kecil untuk mengerti apa itu penderitaan. Dia terlalu kecil untuk mengerti tentang keperitan. Kasihan sekali.

Anak itu terus berjalan melangkah ke sekitar kedai-kedai makan berdekatan. Tinggi sekali harapannya agar ada yang menghulurkan makanan. Sesekali tanggannya mengusap perut yang lapar , ‘perut yang aku sayang, bertahanlah, sebentar lagi kau akan dapat makanan yang lazat-lazat, bertahanlah, berhentilah merajuk ya’.

Anak kecil itu berhenti di hadapan sebuah kedai makan. Ramai sekali orang yang menjamu selera di situ. Ada yang makan mi goreng, ada yang makan nasi lemak, ada yang makan roti canai. Semuanya enak-enak belaka. Anak itu memerhatikan mereka dengan mata yang sayu, cukup ikhas, mengharapkan ada yang simpati.

Seorang kanak-kanak perempuan memandang anak itu dengan perasaan simpati. Budak perempuan itu menarik lengan baju ibunya, jari telunjuk comelnya ditujukan kepada anak kecil malang itu. Tangan anak kecil itu masih di perut, memujuk perutnya yang kelaparan.Budak perempuan itu mengambil sebungkus nasi lemak di atas meja, lalu dihulurkan kepada anak kecil malang itu. Mata mereka bertautan. Anak kecil malang itu mengucapkan terima kasih. Mereka tersenyum. Akhirnya ada juga manusia yang bersimpati kepadanya. Raut wajahnya terpancar kegembiraan. Lalu anak kecil mengusap perutnya, ‘perut yang ku sayang, akhirnya kau akan dapat makan. Nasi lemak. Enak sekali bukan? Budak perempuan yang comel itu beri. Ayuh, kita makan ya’.

‘pergi, pergi, jangan buat kacau kat sini, pergi ‘. Nasi lemak yang berada di genggaman anak kecil itu telepas. Nasi itu berterabur di permukaan lantai. Anak kecil itu mengaut butir-butir nasi dengan tangannya. Air matanya bercucuran. Sepasang tangan kasar merentap baju anak kecil malang itu lalu di humban ke luar kedai. ‘pergi, pergi, jangan nak mengemis dekat sini, kat sini bukan tempat mintak sedekah, pergi’.


Anak kecil itu bangun menahan kesakitan. Kakinya luka berdarah. Perutnya sakit yang amat. Seolah-olah menangisi rezeki yang bertaburan di lantai sebentar tadi. Anak kecil itu mengusap lagi perutnya, ‘perut yang ku sayang, maafkan aku, janganlah merajuk, nasi lemak itu bukan rezeki kita, sebentar lagi pasti kau akan dapat makanan yang enak, bertahanlah ya.

Derapan kaki anak kecil itu makin perlahan, lemah-longlai. Tubuhnya menggeletar. Anak itu sangat kelaparan. Anak kecil itu tidak berdaya lalu tersungkur di tepi kaki lima. Kedengaran suara anak itu bergetaran memujuk perutnya, ‘ perut yang ku sayang, maafkan aku ya, aku tidak dapat memberimu makanan, tiada makanan yang enak-enak di sini. Wahai perut yang ku sayang, maafkan aku ya.aku janji nanti pasti kau akan dapat makan yang enak-enak. Bunda ku bilang, sesiapa yang sabar akan dijanjikan syurga, di syurga ada makanan yang enak-enak. Bersabarlah ya, nanti kau akan masuk syurga. Kau akan dapat makanan yang enak-enak ya. Bersabar ya sayang’.

Suara anak kecil itu makin lama makin sayup, hilang di bawa bunyi riuh-rendah di kota. Anak kecil itu tertidur sambil tangannya masih di perut. Anak itu tidur tersenyum, tersenyum kerana berjaya memujuk perut kesayangannya. Kali ini, anak kecil itu tidur selamanya. Anak kecil itu tidak mungkin akan bangun lagi kerna anak kecil itu dalam perjalanan ke syurga, membawa perut kesayanggannya menikmati makanan yang enak. Anak kecil itu juga pergi bersama bundanya yang menjemput sebentar tadi. Bundanya menjemput dia ke syurga. Bundanya bilang bapanya juga di sana, di Syurga.

Kasihan anak kecil itu, malang sekali hidupnya. Menemui ajal kerna kelaparan. Tapi bukan lapar itu subjeknya. Manusia itu penyebabnya. Hanya kerna anak kecil itu compang-camping, berbau hamis, dia dihalau, tidak diberi makan. Pengakhirannya anak kecil itu menemui ajal dengan tragis sekali. Kasihan sekali. Inilah nasib. Wahai manusia, tolonglah adil, jangan membezakan manusia, jangan kejam, mana tahu kau boleh membunuh. Mana tahu jika anak kecil itu dapat menyuap sebungkus nasi lemak itu, nyawanya dapat diselamatkan bukan?

MOHD AZREEN BIN SAID.AYENZACHERY WARTAWAN SKANDAL

No comments:

Post a Comment