Thursday, January 19, 2012

LELAKI

sosok tubuh gagah ini kau gelar lelaki.
wajib jadi pelindung kepada hawa
tubuh yang kekar ini kau anggap penyelamat .
daripada mangsa-mangsa tidak berjiwa.

sosok tubuh perkasa ini kau bilang lelaki.
harus kental dengan prinsip.
jangan menyerah dengan apa bisikan angin dosa.

sosok tubuh keringat ini kau kata lelaki.
kerana punya halkum kau bilang jangan sesekali tumbang.
malu kerana kau lelaki.

tapi kau lupa lelaki juga punya jiwa?
lelaki juga punya airmata yang harus menitis?
besi tulangnya bukan bererti dia kuat.
kekar sosoknya tidak bermakna dia gagah.

kalau namanya juga manusia. lelaki ataupun hawa.tak terkecuali.
ada saat duka dan gembira.
lelaki kalau dia sedih, rapuh. senyap.
bukan dia tak mahu kongsi tapi kerana namanya lelaki.
diam. diam dia bukan kerna malu. 
tapi pendam.

kau juga lupa yang lelaki juga ada hati.
sedih dan kecewa itu normal bagi setiap yang bernyawa.
salahkah lelaki juga meninitiskan airmata?

tak kacak?
ah persetankan kerana lelaki juga manusia.
mana ada manusia yang kuat tanpa titiskan air mata.
pasti ada walaupun jarang.
mengapa? kerna airmata itu penghapus dosa.

'kerana aku lelaki yang acapkali titiskan airmata kau hukum aku lemah, apa lelaki bukan manusia yang tak bisa titiskan air mata? menangis aku bukan kerna lemah tapi kerna aku juga manusia yang tak bisa bendung kecewa- AZWS


No comments:

Post a Comment