Sunday, January 27, 2013

Asap Perindu

dan saat ini, hatiku mula merindu,

Jadi detik paling sayu, mungkin akan melayu.
apabila setiap hembusan itu menjelma bayang wajahmu.

Kepulan asap itu menari-nari bayang wajah si perindu,
tersenyum manis menjengah ke kalbu,

Tatkala asap mula pergi dibawa angin,
wajah setulus kasihmu hilang dari pandangan,
hilang dari fikiran.

dan saat ini,
aku masih merindu.

rindu semua tingkah kata yang kau lafaz ke aku,
rindu belai kasihmu yang kau larutkan ke jiwa aku,
rindu senyum simpulmu yang kau panah dalam hatiku.

dan mungkin rindu ini tak keruan lagi,

sudah lama ia tersimpan dalam benak yang paling dalam,
mungkin tak tertanggung lagi.

dan bila hati ini masih juga rindu,
asap perindu itu aku tenung lagi.
agar wajah kau menjelma menari-nari dalam khayalanku.

dan aku berharap lagi,
kau menjelma dalam realitiku menyambut rindu ini.

rindu yang membungkam,
rindu yang tak tertahan,

sampai mati.

yang benar rindu,
si perindu tegar.


Sunday, January 20, 2013

Carilah aku

cari aku bila perlu,
dan aku pasti ada untuk itu.

tapi bila aku ada saat itu kenapa saja aku tak dipedulikan ?

buang jauh rasa itu,
tenggelamkan ia ke dasar lautan paling dalam.

aku tak mahu sentap untuk rasa kurang percaya

aku tak mahu jadi api yang membakar rasa kita.

Biar aku sendiri,
kalau kau bosan, carilah.

aku memang tempatnya!

Suara Gelandangan

Suara-suara enteng telah lama mengetuk gegendang telingaku,
Sehingga aku sudah lali dengan irama si pencaci.

Aku tabur rasa sakit ini di jalan,

Aku tahan rasa pedih ini sendiri, tanpa sesiapa di sisi.

Lorong kotor yang kau jijikkan ini,
Jalan sempit yang kau hinakan ini,
adalah rumahku.

Walaupun ditembak berkali-kali,

Dijatuhkan sejuta kali,

Aku takkan mudah tersungkur untuk kau yang bukan beri aku nadi, tapi buat aku mati.
Untuk apa aku menyerah?

Biarpun aku manusia gelandangan,

Jiwa ini masih jiwa seorang manusia,

Yang punya rasa ingin bahagia.
Punya rasa ingin dikasihi.

Sekali lagi rasa sakit ini aku tahan-kerna aku yakin Tuhan sudah tetapkan perjalanan hidupku.

dan malam ini, airmata aku jadi saksi.

Tumpah pada jalanan yang menghidupkan aku-membesarkan aku dengan erti hidup sebenar.

Thursday, January 3, 2013

Separa Sedar

Pertama kali aku terpandang, hatiku terpaut,
jiwaku berasak-asak mahu keluar
mencari apa yang belum jumpa.

Di celah-celah ribuan manusia, aku mencari,
Mencari satu jiwa yang terpanah di hati
Mencari satu cinta yang abadi.

Bila akal merasuk, jiwa mula goyah
Aku dipanah dek api asmara
aku goyang dengan mainan cinta.

Akalku separa sedar,
separuh di alam nyata,
separuh lagi terbang nun jauh berfantasi di sana.

Oh aku gila.
Aku gilakan cinta dia.

Aku mahu terus begini,
Biarkan jiwa menerawang di pelosok udara mencari,

Biarkan aku separa sedar.
Jangan bangkitkan.
Biar.