Tuesday, December 18, 2012

Omokan Perasaan

Aku manusia, seperti kau.
aku bukan binatang juga bukan haiwan.
aku punya harga, aku punya jiwa.
kau tolak aku, kau ludah aku, seolah aku hamba mainan perasaan kau
Hebat, kau manusia hebat.
Kau buat manusia ni macam boneka mainan,
kau lupa ya yang kau juga manusia?
Oh aku lupa, kau diciptakan untuk mengadili jasad orang.
Sungguh aku lupa, dunia ini milik kau seorang.
Tahniah, kau berjaya buat aku hilang kawalan,
kau berjaya buat aku tersungkur di jalanan.

Tak apa,
Dunia ini milik kau, buatlah apa saja, kau akan menang.
Kau pasti? Kau yakin?
Oh kau lupa kita juga ada Tuhan ya?
Tuhan yang ciptakan kau. Juga ciptakan aku. Ciptakan semua makhluk.

Aku kesian,
kau lupa yang kau juga akan dihukum.
sampai kau hukum aku hingga terbelit jiwa.
kau buat aku seperti pesakit gila-meronta-ronta.

Tak apalah,
Aku hanya kesian.
Kau terpenjara dalam omokan perasaan.
Kau terperangkap dalam dunia khayalan.

Encik, Tuan, Puan,
Aku masih ada Tuhan, aku tak perlu jatuh untuk kau  yang juga hamba Tuhan, dijadikan juga dari Tuhan.
Hidup aku bukan kau tetapkan. Tapi TUHAN.

Sunday, December 16, 2012

Kejar dunia.

"Dunia tu tak pernah tamak, manusia yang tamak"-AYEN

Dunia ini satu sahaja, tak pernah ada dua atau tiga. Takkan pernah ada beribu. Manusia berpusu-pusu kejar kebendaan, kejar harta, kejar dunia.Apa yang dia nampak di depan mata cuma rasa puas dan bangga. Tak pernah rasa kita diciptakan untuk apa. Jauh sekali untuk rasa bersyukur pada pencipta.

Dunia tak pernah buat kita tamak. Manusia itu sendiri yang berbuat angkara. Rebut sana, kejar sini. Sampai kita terlupa yang kita disini untuk apa.

Mungkin kita terlupa yang kita ni ada tugas, tugas untuk memperingat sesama manusia, sesama makhluk. Tapi kerna kebendaan, kerna kekuasaan, kerna harta benda, kita lupa manusia-manusia di bawah kita.

Kita galak bina kuasa, kita bangga punya harta, kita tabik dada punya pengaruh-sombong, takbur, angkuh, kita sudah tak hirau.

Cuba kita pejam mata, kita fikir dalam-dalam. Di luar sana, banyak lagi manusia yang mungkin tidak senasib dengan kita.-tidur beralaskan helaian kotak, berbumbungkan langit,berselimutkan embun. Mungkin hanya menggalas perut dengan belas ihsan orang ramai.Aduh, kasihan.

Tapi mereka tak pernah mengeluh, tak pernah meratap. Mereka cukup bersyukur kerana di setiap kejadian Tuhan ada hikmahnya. Tapi kita? Tak pernah. Jauh sekali memikirkan mereka.

Jalan Tuhan ini indah sebenarnya. Buka hati kita luas-luas. Kita hidup untuk apa? Kita hidup kerna apa?

Friday, November 23, 2012

Tangisan berdarah

'bang;bang,banggggggg..boooooom !

Bunyi tembakan mencemari suasana kedamaian.
Warna merah pekat menyimbah bumi Tuhan.

Bertempiaran jiwa-jiwa manusia berlari mencari jalan, mencari Tuhan.
Nyawa dibedil, jiwa dibelit oleh manusia-manusia durja bertopengkan syaitan.

'ibuuuu, ayahhhh, tolonggggggggg,tolonggggggggg.

Suara esakan kanak-kanak membingit di celahan ribuan manusia,
merintih , merayu memohon pertolongan.
Tangis tak disambut, esakan tak disahut.
Booooommmmmmm !!
Peluru ditusuk, aduhhhhhhhhh.
Perginya nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa.
Perginya satu jasad yang tidak tahu apa-apa.
Kejam.

Inilah nama kemanusiaan, manusia bertindak seperti syaitan,
Bunuh semua yang dirasakan terancam,
Hapuskan semua jiwa yang tak tahu apa erti peperangan.

Bumi ini, disimbah lagi dengan darah,
darah manusia yang teraniaya,
darah manusia yang diperdaya.

Tak apa;Tuhan tahu semua,
Tuhan itu ada, DIA tidak buta.
Sikit hari lagi kau akan kena jua,
Sikit masa lagi kau tersungkur juga !

#buat saudara-saudaraku di Gaza, hanya Doa mampu aku panjatkan kepada Tuhan. Moga kalian dapat pertolongan dari Tuhan. Sabar-Tuhan ada, DIA selalu ada. Kalian semua istimewa, dapat raih mahalnya harga SYAHID. Kalian sebenarnyaa bertuah, Jangan sedih, TUHAN ada. ALLAHUAKHBAR !

Sunday, November 18, 2012

Kupu-kupu malam

Bulan masih bicara, pancarkan cahaya pada alam semesta.
Kupu-kupu malam terbang,
terbang mencari kebebasan.
terbang mencari ketenangan.

Pada waktu inilah, kupu-kupu malam bebas,
bebas dari dicengkam si durjana,
bebas dari segala gelita.

Malam buat kita, siang buat mereka.
Kelam kata kita, terang bagi mereka.

Inilah dunia mereka, inilah kehidupan mereka.
Kupu-kupu malam terbang-terbang jauh dari malapetaka manusia.

dan ,apabila siang mula pancar cahaya,
bertebaran kupu-kupu malam terbang,
terbang jauh ke angkasa,
bersembunyi dari celahan ribuan manusia.

Apabila matahari kembali beri laluan pada bulan,
Kupu-kupu malam menjelma lagi,
Menari di langit bumi,
Menikmati bulan indah.

Friday, November 16, 2012

Kerana .

Dari sebatang pensil usang, aku lakar kisah epik,
melakar sebuah cerita yang tidak berjiwa namun punya hati,
Aku tiup roh 'semangat' meresap ke dalam setiap watak.
Aku lacurkan 'watak' jadi apa yang aku mahu.
Aku realitikan jadi 'manusia' yang hidup dalam helaian layar putih.
Aku tiupkan roh. Aku tiupkan jiwa.  Aku biarkan 'ia' menari dalam khayalan.
kerana semangat, kerana kata-kata nista,
Aku terbang, 
Aku lakar sebuah cerita yang penuh fantasi,
Aku cipta cerita yang buat manusia jilat ludah sendiri,
Buat mereka fikir realiti di dunia itu bukan fantasi. Itu kenyataan.
dan kerana manusia itu selalu jadi hakim,
aku cipta'watak' untuk tentang semua hukuman.
untuk buktikan yang semua manusia ada hak untuk hidup.
untuk buktikan yang semua 'jiwa' itu berharga.
dan kerana itulah, aku berada di sini.
Jadikan watak di helaian kertas putih wujud dalam setiap perca kisah manusia.
kerana aku tahu, angan-angan aku bukan mainan.
Angan-angan aku adalah impian.
Jadi sebuah kenyataan.

Aku pegang pada satu kata yang aku cipta sendiri, 'biar kita berangan, janji kita pegang. Jangan kita berangan tapi kita lepas terawang-awang'Ya, memang aku suka berangan, aku mahu jadi lebih dari apa yang aku ada sekarang. Aku berangan mahu ada karya yang boleh dibanggakan, mencipta watak terbang ke bintang. Dari angan-angan itu, aku terjemahkan dalam karya-karyaku, membentuk sebuah realiti. Dan kini aku hampir berada di 'angan-angan' itu.


Wednesday, August 8, 2012

Mana?

dalam kewujudan itu, jiwa kita masih bersatu.
saat sebelum punya jalan sendiri,
Kita masih bergantung tangan dan kaki sesama kita.
Pimpin tangan, tunjuk jalan menghadap masa hadapan.

Satu janji 'keramat' diikat, dikunci dalam perut dunia.
'sahabat dunia akhirat, jangan pernah kau lupa aku selamanya'

Sewenang-wenangnya kita tabur kata.
Iya, masakan aku akan lupa. 
Kita kan kawan sampai mati. Bahkan sampai syurga kelak.
Aku sumpah. Kita takkan bercerai.
Ini jalinan kekal sampai ke alam seterusnya.

wau; kau sanggup sumpah satu kata untuk masa hadapan
Aku salute.

;manusia, senang lempar kata-kata
selalu benar buat janji yang sendiri tak pasti akan tertunai atau tidak
Umpama alirkan air, lalu tumpahkan ke sungai yang tidak ada takungannya
Mana air itu? Mengalir deras seperti deras kata kita.
Jadi mana hasilnya?
Tiada;

Maaf,jangan salah sangka.
Aku bukan sengaja pertikaikannya. Tidak. 

Tapi;
lihat, tahun kehadapan selepas itu.
Rujuk kembali apa yang kau katakan. Apa yang kau janjikan?
'ingat, walau kat mana kita lepas ni, apa pun takdir kita lepas ni, jangan lupa kawan'

dan, tahun ini; sekarang; aku datang tuntut janji.
Mana? Aku mau lihat. Aku mahu bukti. Kosong.
Saban waktu aku tunggu. 
Sampai sabar aku tergadai. Hingga rasa percaya aku tawar.

Aku penat. Aku lelah. Aku bosan. Aku benci.

Eh, mana kau lama tak jumpa? Rindu duh.

Sabar aku ada masa dan ketikanya, ada batasnya. 
Tolong tanam kata kau sampai lemas. 
Hadam sendiri, rasakan sendiri.
Sampai kau sendiri rasa sakitnya.

Saat keterbalikan tempoh itu. Kau termakan dengan kata kau sendiri. Syabas. Itu janji paling mahal. Tak terbeli. Kau nilai sendiri .

Jangan tabur janji kalau diri sendiri tak mampu hadam. Nanti orang tuntut, kita tak mampu kunyah balik.






Tuesday, August 7, 2012

I tak tahu lagu ni ;


Haritu, You kata You nak nyanyikan I satu lagu. Lagu yang You sendiri tak tahu. You suruh I tunggu kejap 10 minit sebab You nak cari lirik lagu ni. Ahahaha sanggup kan You nak cari lagu ni semata-mata untuk I. I nervous gilaaa plus tak sabar lagu apalah You nak nyanyi ni kan. Dan dengan yang tidak dijangka. You nyanyikan i lagu ni.

Bisa ku rasa getar jantungmu

Mencintaiku apa lagi aku

Jadikanlah diriku

Pilihan terakhir hatimu


Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly-Melly Goeslow ft Andhika Pratama


Oh Tuhan, Ini lagu favourite I. Terima kasih You untuk rasa suprise tu. Terharu. 
Saat ini, I rasa bertuah kalau memang betul lirik ni untuk I. Tapi, I pun tak tahu kan. Okay biarkan masa tentukan , biar masa bagi jawapan. 

'Redah lautan sekalipun, belah dada tunjuk jiwa pun, I rasa tak berbaloi sebab harga cinta I untuk You lebih besar dari I buat semua benda merepek tu'

YOU;btw,suara You Ohsem gila sampai hari-hari I dengar sampai tertidur.I sayang You !

Kemungkinan

Mungkin ini adalah masanya. Tak perlu diberi petanda, tak payah diperingat. Kalau ini adalah masanya, tolaklah, nafikanlah, ia tetap datang dengan sendirinya.

Apakah semua ini? Apakah petanda ini?
Ini adalah cinta.
Semua kemungkinan yang bisa terjadi.

"aku tak bersedia lagi, aku taknak bercinta, aku takut"

Sampai bila kita nak nafikan? Sampai kapan kita nak bohong hati kita?
Jujur dengan diri sendiri lebih mulia nilainya daripada kita cuba jujur dengan orang lain tapi hati kita teruk dibohongi diri sendiri.

"aku tak suka dia, aku tak perlukan dia pun"

Benar ia datang dari kita sendiri? Kita benar-benar maksudkan? Bodoh tak kalau kita ucapkan ayat ni tapi hati kita bergetar. Airmata kita menitis. Tolonglah jangan hukum diri kerna ego sendiri.

Adakalanya kemungkinan datang tiba-tiba. Kita tak pernah terfikir cinta dia untuk kita. Tapi kalau ini adalah kemungkinan yang akan buat kita bahagia selama mungkin. Kenapa tidak?

Tanya hati. Siasat jiwa kita dalam-dalam. Tanya rasa kita. Apa kita mahu? Kalau DIA. Hey, dia memang tercipta untuk engkau. Cepatt !

Kelambu Jiwa
Azreen Said/Ayen Zachery 
03.24 pm

Friday, March 30, 2012

Jalan hidup.


Cuba bilang 1 sampai 100, tak sampai 2minit sudah ke penghujung.

Cuba baca novel 100 muka surat, tak sampai 1jam sudah ke penamat.

Tonton drama 1 jam ke udara sekejap saja sudah bersambung ke minggu hadapan.

Hari ini masuk kerja pukul 8 sekejap saja sudah punch out untuk pulang.

Bercuti 3hari dua malam, esoknya sudah cukup hari untuk check out.

Hari ini baru belajar ABC, pejam mata dah tiba masa untuk SPM.

Hari ini baru sahaja berkahwin, sedar tak sedar kita dah beranak-pinak.

Malam ini baru sahaja kita sambut ulangtahun kita, esoknya kita dah terbongkok-bongkok bertongkat.

Cuba hitung usia kita, tak sampai  separuh abad sudah terasa tua?
Inilah jalan hidup manusia. Jalan yang sangat singkat untuk kita harung. Jangan salahkan dunia yang cepat putar waktu tapi salahkan diri kita yang terlalu leka bila usia menginjak tua hingga kita tak sedar kita masih belum buat apa-apa. Hidup ini terlalu singkat. Rebut peluang semua yang ada. Jangan leka sampai kita menyesal kita tak sempat lakukan apa-apa. Hidup ini TUHAN beri pada kita untuk rebut peluang bukannya buang peluang.

AZWS


Thursday, March 29, 2012

Bila hati berbicara.

Singkat jalan ini, begitu juga hidup kita. Hidup yang tak henti-henti dimusnahkan hati sendiri.
Hingga hati tak diberi hak yang sepatutnya, Seringkali dihukum oleh jiwa sendiri.

Ingat, hidup ini bukan untuk meratap. Bukan juga untuk disakiti. Apa hidup kita terpaksa merana kerana manusia? Buang masa meratapi orang yang bukan untuk kita dan juga sering 'bunuh' kita untuk terus mati. Hati kita dah terlalu parah sampai layu terkulai dalam diri. Kasihankan hati. kasihan raga. Beri peluang untuk ia bernyawa . Kalaulah hati bisa berbicara, mungkin ia akan mengejek kita :-

Aku masih bernyawa, mengapa kau suruh aku mati?


Tolong beri aku udara, aku tak tahan hidup dalam jiwa kau yang sempit !


Tak adil hanya kerna kesalahan orang lain, kau seksa aku separuh nyawa !


Mengapa kau layu? Kau buat aku terkulai-kulai dalam jasad ini.


Hati dia dan aku tak sama, tolong jangan merana kerna aku mangsanya !


Kau tak kasihankan aku hari-hari rasa denyut nadi kau yang lemah dan aku telah lemas !


Kalaulah aku bisa lari ke jasad orang lain aku dah lakukan sekarang kerna kau tak henti-henti buat aku sakit.


Tempat aku gelap, tolong beri aku cahaya.


Aku lemas kerna kau tak henti-henti banjirkan aku dengan air mata kau!


Ingat, seluruh kehidupan kita bukan untuk meratap. Bukan untuk kesedihan. Cantas segala perasaan yang menjatuhkan. Kita hidup kerna TUHAN beri kita ruang untuk jadi manusia kuat untuk harung jerih payah dunia. Bangun. Kita hidup bukan untuk orang. - AZWS

Friday, March 23, 2012

Jangan Murah !

Mengapa begitu murahnya nak korbankan seluruh jiwa hanya kerana cinta yang tak kemana? Kenapa Manusia sering seksa jiwa sampai mati hingga jasad di biar menyendiri? Fikir seribu kali. BERBALOIKAH?- AZWS

Rentetan kisah perjuangan cinta tak pernah berakhir bagi manusia. Ramai orang yang sakit kerana cinta. Mengapa? Berkali aku katakan, berkali aku beri pesan , JANGAN MURAHKAN hati kita untuk itu. Kita tak perlu. Pesan pada hati. Aku tak MURAH. Aku MAHAL. Bukan menyombong tapi beri ruang untuk hati jadi yang tertinggi. Letakkan di aras yang paling atas. - Aku tak perlu cinta yang buat jasad aku merana ! Semat dalam-dalam.

Hidup kita bukan semata-mata untuk cinta manusia. INGAT. Tak perlu terbeban dengan cinta yang berkali-kali rosakkan hidup kita. Sampai bila kita nak jadi hamba? Sampai bila kita mahu merana? Fikir sedalam-dalam. Berbaloikah? Banyak lagi urusan dunia yang perlu kita peduli. Bukan pada kisah cinta yang bagaikan fantasi.

Ya. Kita semua manusia yang tak akan lari daripada perasaan cinta. Perasan benih jiwa untuk dua insan yang sama-sama beri rasa. Itu lumrah dunia. Benar. Tapi jangan letakkan 100% dalam cinta , kekarkan jiwa untuk dia yang bagi harapan namun buang kita hanya kerna hilang rasa . MENGARUT. Buang masa. Buang tenaga. Simpan dan sabar. Satu saat akan termeterai kerna TUHAN sudah tetapkan jodoh kita. Rasa-rasanya kita cerdik tak kerna cinta kita merana?

Manusia ini bermacam-macam 'rasa'. Bukan semua yang mahu terima kita apa adanya. Tak perlu kita agungkan semata-mata nak kejar 'nikmatnya' alam cinta yang tak beri kita nilai walau sebutir kaca dalam diri. Bersihkan diri. Tenangkan jiwa. Bisik pada hati ' hati, tolong jangan murah, aku nak kau jadi mahal sampai harga kau terus tinggi di pasaran'. Ini bukan berlagak tapi beri darjat pada hati jadi yang termahal untuk orang yang sering dagangkan hati kita. Beritahu pada mereka, aku tak ada masa !

Susah tak? Hanya bisik pada hati jadi MAHAL. Jangan murah untuk cinta. Tak susah kan? Jadi tunggu apa? Bisik sekarang ..

Azreen Said
Jumaat, 11.41 pm

Teratak salju dingin .

Thursday, March 22, 2012

Kita masih alpa .

Dunia ini makin jauh ke hadapan,
kita masih di awang-awangan.

Mentari berlegar-legar menerangkan alam,
namun kita masih terasa gelap.

Manusia berpusu-pusu mahu ke bintang,
kita jua yang menantikan hujan.

Siang menanti untuk bertukar malam,
kita masih belum tahu masa sudah terlewat.

Bila mentari sudah terangkan semesta esoknya,
baru kita sedar yang kita tidak punya apa-apa.

Selagi namanya Manusia, kita sering terbuai-buai dengan keseronokan dunia hingga kita terlupa apa yang paling berharga sampai jiwa kita tak habis menyumpah. Salah siapa? SALAH SENDIRI - AZWS

Thursday, March 8, 2012

Korban Cinta Mati .

'Derita jiwa aku taklah seteruk mana, tapi cuba kau masuk dalam jasad aku dan rasa sengsara yang aku tanggung, sakit ! Angkara siapa? KAU

Suatu ketika dulu, kau pernah singgah ke hati aku. Kau hantar jiwa kau terus ke jiwa aku. Kau tiupkan api cinta dan kau biarkan cair di dalam, kau biarkan terus terbakar lalu kau terus pergi tinggalkan aku padam sendiri api yang kau tiup. KEJAM.

INGAT. Aku juga manusia. Hati aku tak murah untuk kau. Aku jaga setiap jiwa dan hati aku daripada melayang ke jiwa orang lain kerana bagi aku kau yang UTAMA. Kerana kau aku jadi hamba sebuah cinta yang terlalu murah untuk aku mahalkan harganya dan kerana kau juga aku jadi boneka yang tundukkan kepala ikut telunjuk CINTA. 

Bila jiwa aku mati, jasad aku terhenti. Bila hati aku terguris, roh aku pun lari. Kerna cinta aku korbankan sampai MATI. Begitu murahnya aku korbankan jiwa hanya kerna sayang yang bukan ke SYURGA.

Atas nama cinta yang aku anggap sampai MATI, aku buang saudara, aku buang keluarga. Aku agungkan insan bernama kau yang hanya jadikan aku ABDI dan aku hiraukan MANUSIA yang saban waktu beri aku NADI.

Jiwa aku makin bernanah. Semakin lama semakin membusuk kerana SUMPAH cinta kau yang ternyata palsu. Aku korbankan jiwa, aku korbankan jasad, aku korbankan MAHKOTA semata-mata untuk kau yang DURJANA.

Kerana mengikut nafsu, aku terpedaya dengan bisikan syaitan. Kerana turutkan hati, aku tersungkur dalam noda hitam. kerana dimurka, aku jadi pemuas nafsu manusia binatang. Namun, aku pasti ‘Tuhan itu maha adil, maha penyayang, maha pengampun, suatu hari nanti aku pasti menemui hidayah anugerahnya !

KORBAN CINTA MATI ini aku umpamakan simbolik hati pada mereka yang terpedaya dengan cinta. Cinta yang buat mereka merana sampai mati hingga sanggup korbankan jiwa. Benar, cinta tak kenal siapa kerana kata orang cinta itu BUTA. Bagi orang yang terlalu asyik dengan cinta maka butalah, cuba celikkan hati, buka jiwa seluas-luasnya maka celiklah cinta. Pada sesiapa di luar sana, tolong jangan korbankan sebuah jiwa hanya kerana cinta yang langsung tak jamin kita masuk ke SYURGA. Aku Mohon, aku rayu, kasihankan diri sendiri . AKU MOHON !

Saturday, February 4, 2012

Lihat dan nilai

Kadang-kadang manusia selalu membezakan hingga diri sendiri tak diberi peluang. Menilai dari sudut fikiran negatif sehingga kita dijatuhkan. 

Hanya kerana usia atau pengalaman setahun jagung kita dianggap tak tahu apa-apa. Hanya kerana faktor itu kita terus dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Dimanakah keadilan sebagai manusia? 

Aku insan yang bekerja untuk masyarakat. Aku berkorban sepenuh masa dan tenaga untuk kehidupan. Aku juga manusia, walaupun masih kecil jika nak dibandingkan dengan kalian yang punya pengalaman penuh di dada. Tapi tak wajar suara aku diperlekehkan, Apakah aku tak punya hak bebas untuk nyatakan pendapat atau kepakaran aku? Di manakah keadilan yang ingin aku tegakkan? Hanya kerana aku muda, kerja aku remeh? karut. lihat dulu, nilai bukannya nilai dulu , hukum dan terus pinggirkan.

Aku benar-benar tak faham dengan manusia yang sering jatuhkan hukuman tanpa perbicaraan. Annoying.

Monday, January 30, 2012

AYAH

Garis-garis tua melingkar di segenap wajahnya
Kedutan halus simbolik perit hidup
Penat, lelah sudah terbiasa
Membanting tulang empat kerat untuk si jantung hati.
Setitik keringatnya ibarat berlian yang tinggi nilainya
Tak dapat digadai dengan uwang berjuta.

Jauh dia berjalan, jauh dia mengembara.
Berhutang keliling pinggang
Dikeji, dicemuh malah dipandang jelik
Namun si jantung hatinya pembakar semangat
Digagahkan juga, ditekadkan jua.
Kerana si jantung hatinya adalah harta.

DIA,
Adalah anugerah terhebat semesta.
Tuhan jadikan kita melalui maninya yang suci
Ditiupkan roh lalu dijadikan satu ciptaan hebat
Maka lahirlah kita bernyawa
Dijaganya dengan penuh belaian sepenuh jiwa.
Melebihi kasih kepada nyawa sendiri,
Dialah satu anugerah tak ternilai.
Sukar dicari ganti walupun hampir serupa.

DIA,
Hadiah teragung dari Illahi,
Fitrahnya seorang bapa yang juga seorang suami
Tanggungjawab berat tergalas di bahu
Tak pernah terabai sedetik pun
Tak pernah terleka walau sesaat pun
Tak kan tergugah biar apapun yang berlaku.

Tahun demi tahun,
Berdekad lamanya
Tanggungjawab tetap memundak di kepala
Bukan bebanan melainkan satu kewajipan
Dia tak pernah mengeluh bahkan menyesali
Kerana baginya si jantung hati adalah rezeki dari Illahi.
Walau warna-warna putih sudah menjalar di setiap helaian rambut.
Kedutan halus menutupi wajah yang mulus
Tubuh yang gagah dahulu makin lemah
Digagahkan juga jadi yang terbaik buat si jantung hati.
Kerana dia seorang AYAH,
Anugerah Illahi yang tiada tandingan,
Hadiah istimewa yang tak dapat dibeli,
Walau dengan harga berjuta.

Ramai orang yang mengeluh kerna penat. Tapi seorang AYAH tak pernah mengeluh walaupun sakit untuk jalankan kewajipan kerana sayangnya dia kepada SI JANTUNG HATI. Siapa?-KITA - AZWS

Friday, January 27, 2012

SATU

Hati aku satu,
bukan dua, tiga, atau empat.
Mana mungkin bisa jadi lima juga.
Tak boleh dibahagi-bahagi.
Jiwa aku juga satu,
tak mampu diletakkan lagi hati lain.
Aku dah serah jiwa aku,
mana bisa hati kau aku ambil lagi.
Maaf,
diri aku masih jua satu,
bukan dua, tiga, empat.
Bukan juga boleh jadi ramai.
Aku seorang, dan kau, kau dan kau.
Hati aku, jiwa aku, diri aku, tak bisa tampung.
Maaf.

azreensaid/ayenzachery wartawan skandal

Monday, January 23, 2012

Orang tepi

you, kenapa tak balas msg i?

sori. i takde credit.

kenapa you tak jawab kol i?

sori, i busy lah.

kenapa you tak balas bbm i?

hurm, sori i tak pegang phone, busy

alahai you, nak menipu pun janganlah nampak sangat. nampak sangat you tak fokus dengan i kan? i manalah ada blackberry. jujur jelah senang kan. i tau i just orang tepi bagi you kan. kan.

Friday, January 20, 2012

Jangan cepat jatuhkan hukuman.

Diam bukan kerna lemah

Kita masih punya jiwa. Tolong jangan hukum orang kerana tak punya apa-apa. Kita masih punya harga diri yang bukan enteng untuk sesiapa persendakan. Diam kita bukan kerna lemah, kerna kita sedang memerhatikan gelagat manusia yang sering berkata-kata. Jatuh hukum sampai mati. Kasihan kan? Diam itu bagus kerna takut segala lontaran yang keluar dari mulutnya membinasakan diri sendiri. Bukankah diam itu lebih bagus dari berkata-kata? takut timbul prasangka. Jadi diam sahaja dan senyum. Jadi jangan hukum orang itu lemah.


Menangis bukan kerna  tewas.

Apa orang yang menangis itu tanda dia tewas? orang yang menangis itu tanda dia mengumumkan kekalahan? jangan. jangan hukum orang sedemikian. Menangis bukan tanda kita lemah, tapi kerna kita juga manusia, kadang-kadang tak dapat bendung kecewa. Sekeras mana hati, seteguh mana jiwa, janagn kita lupa yang kita juga manusia yang punya perasaan sedih. Menangislah. Menangis itu terapi. Terapi untuk kita muhasabah diri kita . Terapi untuk kita pandang dan fikir kita hidup untuk apa. Menangis itu kan salah satu penghapus dosa. Jadi, persetankan kata-kata yang bilang kau menangis sebab tewas. Mereka tak lalui lagi hukum dunia.


Tunduk bukan kerna gentar.

Orang yang selalu tunduk selalu dikata gentar. Takut pada lawan, ikut sahaja telunjuk. Itu salah. Jangan cepat bagi tafsiran yang boleh menjatuhkan orang. Tunduk dia bukan sesekali gentar. Itu kerna dia hormat. Hormat untuk orang yang benar. bukan pada orang yang salah. Tak salah kita tunduk tanda kita sokong apa sahaja keputusan. tapi awas, jangan tunduk pada orang yang ternyata tidak benar, egois dan menggunakan kepantingan semata-mata. Gunakan kebebasan bersuara. Suarakan yang benar dan nyatakan saja kalau salah. Buat apa kalian tunduk bagi orang yang tak tahu menilai antara yang benar atau pun tidak. Kalau mahu orang hormat kita, kita harus hormat orang. Tunduk dan hormat. bukan tunduk kerna gentar.


Tersungkur bukan kerana gagal

Sakit, parah bila kita di tolak dunia. Sakit yang kita rasakan lebih perit bila tiada sesiapa yang hulurkan tangan. Ramai yang anggap tersungkur kerna gagal. bukan. Tapi tersungkur kita kerna Tuhan mahu kita celik mata. Dia tak mahu kita asyik berada di langit sampai kita lupa apa yang ada di daratan. Dia mahu kita sentiasa toleh ke bawah. Perbaiki diri dan bukan menongkah dada. Jadi kalau kalian tersungkur. Bersyukurlah Tuhan bagi tanda. Itu tanda Dia sayang. 

Jadi manusia jangan cepat hukum orang kerna kita juga akan dihukum Tuhan. Bukankah kita juga manusia yang masing-masing punya nafsu untuk buat mungkar? - AZWS

Thursday, January 19, 2012

LELAKI

sosok tubuh gagah ini kau gelar lelaki.
wajib jadi pelindung kepada hawa
tubuh yang kekar ini kau anggap penyelamat .
daripada mangsa-mangsa tidak berjiwa.

sosok tubuh perkasa ini kau bilang lelaki.
harus kental dengan prinsip.
jangan menyerah dengan apa bisikan angin dosa.

sosok tubuh keringat ini kau kata lelaki.
kerana punya halkum kau bilang jangan sesekali tumbang.
malu kerana kau lelaki.

tapi kau lupa lelaki juga punya jiwa?
lelaki juga punya airmata yang harus menitis?
besi tulangnya bukan bererti dia kuat.
kekar sosoknya tidak bermakna dia gagah.

kalau namanya juga manusia. lelaki ataupun hawa.tak terkecuali.
ada saat duka dan gembira.
lelaki kalau dia sedih, rapuh. senyap.
bukan dia tak mahu kongsi tapi kerana namanya lelaki.
diam. diam dia bukan kerna malu. 
tapi pendam.

kau juga lupa yang lelaki juga ada hati.
sedih dan kecewa itu normal bagi setiap yang bernyawa.
salahkah lelaki juga meninitiskan airmata?

tak kacak?
ah persetankan kerana lelaki juga manusia.
mana ada manusia yang kuat tanpa titiskan air mata.
pasti ada walaupun jarang.
mengapa? kerna airmata itu penghapus dosa.

'kerana aku lelaki yang acapkali titiskan airmata kau hukum aku lemah, apa lelaki bukan manusia yang tak bisa titiskan air mata? menangis aku bukan kerna lemah tapi kerna aku juga manusia yang tak bisa bendung kecewa- AZWS


senyum dan berfikir

aku rasa aku takkan pernah jadi orang yang sabar kalau kau terus terima cinta aku. kerna dengan menunggu cinta kau bertahun-tahun buat aku kuat untuk jadi yang setia.

orang kata aku gila?
ya. aku gila kerana cinta kau. cinta yang aku anggap berharga. gila kerana kau orang yang begitu telus.

bertahun-tahun aku padam hati aku untuk orang dan setia dengan kau, andai kata kau memang bukan untuk aku, tak mengapa, itu hati kau, perasaan kau, mana mungkin aku bisa memaksa bukan?

tak apa, aku tetap cintakan kau dari jauh kerana cinta kau buat aku jadi ;orang'. orang yang bisa kendiri. andai ada orang lain hadir dalam hidup aku, pasti aku bahagiakan dia seperti kau membahagiakan aku.

saat aku berlari jauh kerana ditolak dunia, kau datang bawakan secangkir harapan, kau buka hati aku untuk disayangi namun kau biarkan dengan persoalan. tak apa. aku masih senyum. *ujian 


Monday, January 16, 2012

Ajaibnya hadiah Tuhan.


Dipertemukan di ruangan maya, sekadar berbalas komen dan berkongsi rasa, bertukar pandangan lalu berjumpa secara realiti empat mata. Diperkenalkan dengan teman-teman yang juga peminat fanatik , lalu tersimpullah satu ikatan suci yang aku gelar teman sampai syurga .

Di satu dimensi Tuhan temukan. Tuhan berkenankan. Tuhan tahu kita sama-sama pernah kecewa dengan permainan dunia. Lalu Tuhan bukakan hijab, dipertemukan kita atas dasar ikatan suci persahabatan.

syukur. saat aku jatuh terduduk, tanpa ada sesiapa yang sudi hulurkan tangan, aku ketemu kalian yang hulurkan kata-kata ajaib, jadi penyembuh duka , lalu kedatangan kalian aku balas dengan jiwa yang besar. biarlah ikatan ini terus mengalir di seluruh denyut nadi sampai ke syurga abadi. Terima kasih.

senyum dan tawa kalian jadi penawar bagi setiap gundahku-AZWS

Pedulikan, tunjuk yang kau kuat !

Sampai bila kau nak tunduk dengan orang yang langsung tak beri kau semangat?

Sampai bila kau nak jatuh dengan orang yang selalu buat kau mundur?

Sampai bila kau nak terus khayal dengan orang yang anggap kau musuh?

Bangun. Tunjuk yang kau langsung tak tergugat. Ayuh. Tangkas. Pamer pada mereka yang kalian itu sama sekali tidak peduli. Tunjuk pada mereka yang kalian tak gentar dengan permainan mereka. Hinalah, cacilah, fitnahlah, rendahkanlah martabat sekali pun, beritahu mereka yang Tuhan itu ada. Tuhan yang hukum kalian, bukan mereka.

Diri kalian, kalian yang tahu. bukan mereka. Jadi buat apa sesakkan jiwa, padatkan hati dengan orang-orang yang berkali-kali pijak jiwa kau sampai kau menyerah? Buang masa.

Ujian Tuhan itu indah. Tuhan tak mahu kau asyik terbang ke langit sampai kau lupa apa yang ada di daratan. 

MOHD AZREEN BIN SAID.AYENZACHERY WARTAWAN SKANDAL



Wednesday, January 11, 2012

Bersabar ya perut yang ku sayang !

Di satu sudut lorong kelam, seorang anak kecil tersedu-sedan. Pakaiannya compang-camping, bajunya lusuh. Badannya berbau hamis. Sesekali dia memegang perutnya. Pipinya berjujuran air-air jernih mengalir dari matanya yang tulus. Seluruh anggota badannya bergetaran. Menggeletar tubuh anak itu. Perutnya sakit. Anak itu kelaparan. Sudah tiga hari anak itu tidak menjamah sebarang makanan. Hanya air paip dari kedai-kedai yang berdekatan mengisi anak tekaknya. Perutnya berbunyi lagi. Anak itu menangis. Dia terlalu kecil untuk mengerti apa itu penderitaan. Dia terlalu kecil untuk mengerti tentang keperitan. Kasihan sekali.

Anak itu terus berjalan melangkah ke sekitar kedai-kedai makan berdekatan. Tinggi sekali harapannya agar ada yang menghulurkan makanan. Sesekali tanggannya mengusap perut yang lapar , ‘perut yang aku sayang, bertahanlah, sebentar lagi kau akan dapat makanan yang lazat-lazat, bertahanlah, berhentilah merajuk ya’.

Anak kecil itu berhenti di hadapan sebuah kedai makan. Ramai sekali orang yang menjamu selera di situ. Ada yang makan mi goreng, ada yang makan nasi lemak, ada yang makan roti canai. Semuanya enak-enak belaka. Anak itu memerhatikan mereka dengan mata yang sayu, cukup ikhas, mengharapkan ada yang simpati.

Seorang kanak-kanak perempuan memandang anak itu dengan perasaan simpati. Budak perempuan itu menarik lengan baju ibunya, jari telunjuk comelnya ditujukan kepada anak kecil malang itu. Tangan anak kecil itu masih di perut, memujuk perutnya yang kelaparan.Budak perempuan itu mengambil sebungkus nasi lemak di atas meja, lalu dihulurkan kepada anak kecil malang itu. Mata mereka bertautan. Anak kecil malang itu mengucapkan terima kasih. Mereka tersenyum. Akhirnya ada juga manusia yang bersimpati kepadanya. Raut wajahnya terpancar kegembiraan. Lalu anak kecil mengusap perutnya, ‘perut yang ku sayang, akhirnya kau akan dapat makan. Nasi lemak. Enak sekali bukan? Budak perempuan yang comel itu beri. Ayuh, kita makan ya’.

‘pergi, pergi, jangan buat kacau kat sini, pergi ‘. Nasi lemak yang berada di genggaman anak kecil itu telepas. Nasi itu berterabur di permukaan lantai. Anak kecil itu mengaut butir-butir nasi dengan tangannya. Air matanya bercucuran. Sepasang tangan kasar merentap baju anak kecil malang itu lalu di humban ke luar kedai. ‘pergi, pergi, jangan nak mengemis dekat sini, kat sini bukan tempat mintak sedekah, pergi’.


Anak kecil itu bangun menahan kesakitan. Kakinya luka berdarah. Perutnya sakit yang amat. Seolah-olah menangisi rezeki yang bertaburan di lantai sebentar tadi. Anak kecil itu mengusap lagi perutnya, ‘perut yang ku sayang, maafkan aku, janganlah merajuk, nasi lemak itu bukan rezeki kita, sebentar lagi pasti kau akan dapat makanan yang enak, bertahanlah ya.

Derapan kaki anak kecil itu makin perlahan, lemah-longlai. Tubuhnya menggeletar. Anak itu sangat kelaparan. Anak kecil itu tidak berdaya lalu tersungkur di tepi kaki lima. Kedengaran suara anak itu bergetaran memujuk perutnya, ‘ perut yang ku sayang, maafkan aku ya, aku tidak dapat memberimu makanan, tiada makanan yang enak-enak di sini. Wahai perut yang ku sayang, maafkan aku ya.aku janji nanti pasti kau akan dapat makan yang enak-enak. Bunda ku bilang, sesiapa yang sabar akan dijanjikan syurga, di syurga ada makanan yang enak-enak. Bersabarlah ya, nanti kau akan masuk syurga. Kau akan dapat makanan yang enak-enak ya. Bersabar ya sayang’.

Suara anak kecil itu makin lama makin sayup, hilang di bawa bunyi riuh-rendah di kota. Anak kecil itu tertidur sambil tangannya masih di perut. Anak itu tidur tersenyum, tersenyum kerana berjaya memujuk perut kesayangannya. Kali ini, anak kecil itu tidur selamanya. Anak kecil itu tidak mungkin akan bangun lagi kerna anak kecil itu dalam perjalanan ke syurga, membawa perut kesayanggannya menikmati makanan yang enak. Anak kecil itu juga pergi bersama bundanya yang menjemput sebentar tadi. Bundanya menjemput dia ke syurga. Bundanya bilang bapanya juga di sana, di Syurga.

Kasihan anak kecil itu, malang sekali hidupnya. Menemui ajal kerna kelaparan. Tapi bukan lapar itu subjeknya. Manusia itu penyebabnya. Hanya kerna anak kecil itu compang-camping, berbau hamis, dia dihalau, tidak diberi makan. Pengakhirannya anak kecil itu menemui ajal dengan tragis sekali. Kasihan sekali. Inilah nasib. Wahai manusia, tolonglah adil, jangan membezakan manusia, jangan kejam, mana tahu kau boleh membunuh. Mana tahu jika anak kecil itu dapat menyuap sebungkus nasi lemak itu, nyawanya dapat diselamatkan bukan?

MOHD AZREEN BIN SAID.AYENZACHERY WARTAWAN SKANDAL

Tuesday, January 10, 2012

TERUJA !

Ini update yang pertama pada tahun 2012. Pembukaan tahun yang sangat sibuk dan mencabar. Permulaan tahun yang benar-benar menguji tahap kesabaran dan keimanan aku. tapi Alhamdulillah, permulaan tahun ini juga ternyata beri kegembiraan pada aku. 

Pada penghujung bulan disember 2011 aku hanya menghantar dua sinopsis telemovie ke sebuah produksi tv dan alhamdulillah dapat maklum balas yang menggalakkan. dan awal tahun ini aku dipertanggungjawabkan untuk menulis 5 buah cerita lagi. Alhamdulillah. syukur ya Allah. tak sia-sia aku menunggu. walaupun hanya propose cerita dan belum tentu diterbitkan ke stesen tv, ini sudah gembira bagi aku. Akhirnya karya aku dapat pemerhatian. dan aku berharap agar karya-karya aku dapat diterbitkan ke stesen tv.

sekarang aku sibuk siapkan dateline untuk ketujuh-tujuh cerita yang diamanahkan. doakan aku kawan-kawan.

TELEMOVIE
AKU INGIN TERBANG--skrip/idea asal -AZREEN SAID
SYURGA BUKAN DI TELAPAK KAKIKU-skrip/idea asal-AZREEN SAID
AIRMATA RAMADHAN-skrip/idea asal-AZREEN SAID
TAKDIR SI PENDOSA-skrip/idea asal-AZREEN SAID
HIJAB SAA'DAH-skrip/idea asal-AZREEN SAID
TAMBANG KE AKHIRAT-idea asal.QUIARA PRO.skrip-AZREEN SAID
AKU BERDOSA-idea asal QUIARA PRO. skrip-AZREEN SAID