Friday, November 16, 2012

Kerana .

Dari sebatang pensil usang, aku lakar kisah epik,
melakar sebuah cerita yang tidak berjiwa namun punya hati,
Aku tiup roh 'semangat' meresap ke dalam setiap watak.
Aku lacurkan 'watak' jadi apa yang aku mahu.
Aku realitikan jadi 'manusia' yang hidup dalam helaian layar putih.
Aku tiupkan roh. Aku tiupkan jiwa.  Aku biarkan 'ia' menari dalam khayalan.
kerana semangat, kerana kata-kata nista,
Aku terbang, 
Aku lakar sebuah cerita yang penuh fantasi,
Aku cipta cerita yang buat manusia jilat ludah sendiri,
Buat mereka fikir realiti di dunia itu bukan fantasi. Itu kenyataan.
dan kerana manusia itu selalu jadi hakim,
aku cipta'watak' untuk tentang semua hukuman.
untuk buktikan yang semua manusia ada hak untuk hidup.
untuk buktikan yang semua 'jiwa' itu berharga.
dan kerana itulah, aku berada di sini.
Jadikan watak di helaian kertas putih wujud dalam setiap perca kisah manusia.
kerana aku tahu, angan-angan aku bukan mainan.
Angan-angan aku adalah impian.
Jadi sebuah kenyataan.

Aku pegang pada satu kata yang aku cipta sendiri, 'biar kita berangan, janji kita pegang. Jangan kita berangan tapi kita lepas terawang-awang'Ya, memang aku suka berangan, aku mahu jadi lebih dari apa yang aku ada sekarang. Aku berangan mahu ada karya yang boleh dibanggakan, mencipta watak terbang ke bintang. Dari angan-angan itu, aku terjemahkan dalam karya-karyaku, membentuk sebuah realiti. Dan kini aku hampir berada di 'angan-angan' itu.


No comments:

Post a Comment