Friday, November 23, 2012

Tangisan berdarah

'bang;bang,banggggggg..boooooom !

Bunyi tembakan mencemari suasana kedamaian.
Warna merah pekat menyimbah bumi Tuhan.

Bertempiaran jiwa-jiwa manusia berlari mencari jalan, mencari Tuhan.
Nyawa dibedil, jiwa dibelit oleh manusia-manusia durja bertopengkan syaitan.

'ibuuuu, ayahhhh, tolonggggggggg,tolonggggggggg.

Suara esakan kanak-kanak membingit di celahan ribuan manusia,
merintih , merayu memohon pertolongan.
Tangis tak disambut, esakan tak disahut.
Booooommmmmmm !!
Peluru ditusuk, aduhhhhhhhhh.
Perginya nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa.
Perginya satu jasad yang tidak tahu apa-apa.
Kejam.

Inilah nama kemanusiaan, manusia bertindak seperti syaitan,
Bunuh semua yang dirasakan terancam,
Hapuskan semua jiwa yang tak tahu apa erti peperangan.

Bumi ini, disimbah lagi dengan darah,
darah manusia yang teraniaya,
darah manusia yang diperdaya.

Tak apa;Tuhan tahu semua,
Tuhan itu ada, DIA tidak buta.
Sikit hari lagi kau akan kena jua,
Sikit masa lagi kau tersungkur juga !

#buat saudara-saudaraku di Gaza, hanya Doa mampu aku panjatkan kepada Tuhan. Moga kalian dapat pertolongan dari Tuhan. Sabar-Tuhan ada, DIA selalu ada. Kalian semua istimewa, dapat raih mahalnya harga SYAHID. Kalian sebenarnyaa bertuah, Jangan sedih, TUHAN ada. ALLAHUAKHBAR !

Sunday, November 18, 2012

Kupu-kupu malam

Bulan masih bicara, pancarkan cahaya pada alam semesta.
Kupu-kupu malam terbang,
terbang mencari kebebasan.
terbang mencari ketenangan.

Pada waktu inilah, kupu-kupu malam bebas,
bebas dari dicengkam si durjana,
bebas dari segala gelita.

Malam buat kita, siang buat mereka.
Kelam kata kita, terang bagi mereka.

Inilah dunia mereka, inilah kehidupan mereka.
Kupu-kupu malam terbang-terbang jauh dari malapetaka manusia.

dan ,apabila siang mula pancar cahaya,
bertebaran kupu-kupu malam terbang,
terbang jauh ke angkasa,
bersembunyi dari celahan ribuan manusia.

Apabila matahari kembali beri laluan pada bulan,
Kupu-kupu malam menjelma lagi,
Menari di langit bumi,
Menikmati bulan indah.

Friday, November 16, 2012

Kerana .

Dari sebatang pensil usang, aku lakar kisah epik,
melakar sebuah cerita yang tidak berjiwa namun punya hati,
Aku tiup roh 'semangat' meresap ke dalam setiap watak.
Aku lacurkan 'watak' jadi apa yang aku mahu.
Aku realitikan jadi 'manusia' yang hidup dalam helaian layar putih.
Aku tiupkan roh. Aku tiupkan jiwa.  Aku biarkan 'ia' menari dalam khayalan.
kerana semangat, kerana kata-kata nista,
Aku terbang, 
Aku lakar sebuah cerita yang penuh fantasi,
Aku cipta cerita yang buat manusia jilat ludah sendiri,
Buat mereka fikir realiti di dunia itu bukan fantasi. Itu kenyataan.
dan kerana manusia itu selalu jadi hakim,
aku cipta'watak' untuk tentang semua hukuman.
untuk buktikan yang semua manusia ada hak untuk hidup.
untuk buktikan yang semua 'jiwa' itu berharga.
dan kerana itulah, aku berada di sini.
Jadikan watak di helaian kertas putih wujud dalam setiap perca kisah manusia.
kerana aku tahu, angan-angan aku bukan mainan.
Angan-angan aku adalah impian.
Jadi sebuah kenyataan.

Aku pegang pada satu kata yang aku cipta sendiri, 'biar kita berangan, janji kita pegang. Jangan kita berangan tapi kita lepas terawang-awang'Ya, memang aku suka berangan, aku mahu jadi lebih dari apa yang aku ada sekarang. Aku berangan mahu ada karya yang boleh dibanggakan, mencipta watak terbang ke bintang. Dari angan-angan itu, aku terjemahkan dalam karya-karyaku, membentuk sebuah realiti. Dan kini aku hampir berada di 'angan-angan' itu.