Monday, January 30, 2012

AYAH

Garis-garis tua melingkar di segenap wajahnya
Kedutan halus simbolik perit hidup
Penat, lelah sudah terbiasa
Membanting tulang empat kerat untuk si jantung hati.
Setitik keringatnya ibarat berlian yang tinggi nilainya
Tak dapat digadai dengan uwang berjuta.

Jauh dia berjalan, jauh dia mengembara.
Berhutang keliling pinggang
Dikeji, dicemuh malah dipandang jelik
Namun si jantung hatinya pembakar semangat
Digagahkan juga, ditekadkan jua.
Kerana si jantung hatinya adalah harta.

DIA,
Adalah anugerah terhebat semesta.
Tuhan jadikan kita melalui maninya yang suci
Ditiupkan roh lalu dijadikan satu ciptaan hebat
Maka lahirlah kita bernyawa
Dijaganya dengan penuh belaian sepenuh jiwa.
Melebihi kasih kepada nyawa sendiri,
Dialah satu anugerah tak ternilai.
Sukar dicari ganti walupun hampir serupa.

DIA,
Hadiah teragung dari Illahi,
Fitrahnya seorang bapa yang juga seorang suami
Tanggungjawab berat tergalas di bahu
Tak pernah terabai sedetik pun
Tak pernah terleka walau sesaat pun
Tak kan tergugah biar apapun yang berlaku.

Tahun demi tahun,
Berdekad lamanya
Tanggungjawab tetap memundak di kepala
Bukan bebanan melainkan satu kewajipan
Dia tak pernah mengeluh bahkan menyesali
Kerana baginya si jantung hati adalah rezeki dari Illahi.
Walau warna-warna putih sudah menjalar di setiap helaian rambut.
Kedutan halus menutupi wajah yang mulus
Tubuh yang gagah dahulu makin lemah
Digagahkan juga jadi yang terbaik buat si jantung hati.
Kerana dia seorang AYAH,
Anugerah Illahi yang tiada tandingan,
Hadiah istimewa yang tak dapat dibeli,
Walau dengan harga berjuta.

Ramai orang yang mengeluh kerna penat. Tapi seorang AYAH tak pernah mengeluh walaupun sakit untuk jalankan kewajipan kerana sayangnya dia kepada SI JANTUNG HATI. Siapa?-KITA - AZWS

No comments:

Post a Comment