Thursday, March 29, 2012

Bila hati berbicara.

Singkat jalan ini, begitu juga hidup kita. Hidup yang tak henti-henti dimusnahkan hati sendiri.
Hingga hati tak diberi hak yang sepatutnya, Seringkali dihukum oleh jiwa sendiri.

Ingat, hidup ini bukan untuk meratap. Bukan juga untuk disakiti. Apa hidup kita terpaksa merana kerana manusia? Buang masa meratapi orang yang bukan untuk kita dan juga sering 'bunuh' kita untuk terus mati. Hati kita dah terlalu parah sampai layu terkulai dalam diri. Kasihankan hati. kasihan raga. Beri peluang untuk ia bernyawa . Kalaulah hati bisa berbicara, mungkin ia akan mengejek kita :-

Aku masih bernyawa, mengapa kau suruh aku mati?


Tolong beri aku udara, aku tak tahan hidup dalam jiwa kau yang sempit !


Tak adil hanya kerna kesalahan orang lain, kau seksa aku separuh nyawa !


Mengapa kau layu? Kau buat aku terkulai-kulai dalam jasad ini.


Hati dia dan aku tak sama, tolong jangan merana kerna aku mangsanya !


Kau tak kasihankan aku hari-hari rasa denyut nadi kau yang lemah dan aku telah lemas !


Kalaulah aku bisa lari ke jasad orang lain aku dah lakukan sekarang kerna kau tak henti-henti buat aku sakit.


Tempat aku gelap, tolong beri aku cahaya.


Aku lemas kerna kau tak henti-henti banjirkan aku dengan air mata kau!


Ingat, seluruh kehidupan kita bukan untuk meratap. Bukan untuk kesedihan. Cantas segala perasaan yang menjatuhkan. Kita hidup kerna TUHAN beri kita ruang untuk jadi manusia kuat untuk harung jerih payah dunia. Bangun. Kita hidup bukan untuk orang. - AZWS

No comments:

Post a Comment