Friday, March 23, 2012

Jangan Murah !

Mengapa begitu murahnya nak korbankan seluruh jiwa hanya kerana cinta yang tak kemana? Kenapa Manusia sering seksa jiwa sampai mati hingga jasad di biar menyendiri? Fikir seribu kali. BERBALOIKAH?- AZWS

Rentetan kisah perjuangan cinta tak pernah berakhir bagi manusia. Ramai orang yang sakit kerana cinta. Mengapa? Berkali aku katakan, berkali aku beri pesan , JANGAN MURAHKAN hati kita untuk itu. Kita tak perlu. Pesan pada hati. Aku tak MURAH. Aku MAHAL. Bukan menyombong tapi beri ruang untuk hati jadi yang tertinggi. Letakkan di aras yang paling atas. - Aku tak perlu cinta yang buat jasad aku merana ! Semat dalam-dalam.

Hidup kita bukan semata-mata untuk cinta manusia. INGAT. Tak perlu terbeban dengan cinta yang berkali-kali rosakkan hidup kita. Sampai bila kita nak jadi hamba? Sampai bila kita mahu merana? Fikir sedalam-dalam. Berbaloikah? Banyak lagi urusan dunia yang perlu kita peduli. Bukan pada kisah cinta yang bagaikan fantasi.

Ya. Kita semua manusia yang tak akan lari daripada perasaan cinta. Perasan benih jiwa untuk dua insan yang sama-sama beri rasa. Itu lumrah dunia. Benar. Tapi jangan letakkan 100% dalam cinta , kekarkan jiwa untuk dia yang bagi harapan namun buang kita hanya kerna hilang rasa . MENGARUT. Buang masa. Buang tenaga. Simpan dan sabar. Satu saat akan termeterai kerna TUHAN sudah tetapkan jodoh kita. Rasa-rasanya kita cerdik tak kerna cinta kita merana?

Manusia ini bermacam-macam 'rasa'. Bukan semua yang mahu terima kita apa adanya. Tak perlu kita agungkan semata-mata nak kejar 'nikmatnya' alam cinta yang tak beri kita nilai walau sebutir kaca dalam diri. Bersihkan diri. Tenangkan jiwa. Bisik pada hati ' hati, tolong jangan murah, aku nak kau jadi mahal sampai harga kau terus tinggi di pasaran'. Ini bukan berlagak tapi beri darjat pada hati jadi yang termahal untuk orang yang sering dagangkan hati kita. Beritahu pada mereka, aku tak ada masa !

Susah tak? Hanya bisik pada hati jadi MAHAL. Jangan murah untuk cinta. Tak susah kan? Jadi tunggu apa? Bisik sekarang ..

Azreen Said
Jumaat, 11.41 pm

Teratak salju dingin .

1 comment: