Friday, December 16, 2011

Ini cerita tentang aku yang 'luka'

Ini cerita tentang aku, cerita yang mungkin sama dengan orang yang senasib denganku. Cerita yang sama dengan insan yang tidak pernah merasakan diberikan hak yang seadil-adilnya sebagai seorang manusia.

Ini kisah aku, kisah yang boleh buat aku jadi gila atau mungkin putus asa. Putus asa dengan manusia yang sering menjatuhkan hukum ikut suka-suka. Sering menilai luaran tanpa melihat dalaman. Ya, sudah aku bilang, lumrah orang yang digelar manusia, sering menjatuhkan hukuman tanpa dibicara terlebih dahulu.

Kisah ini aku aku ungkap tentang cinta. Cinta yang orang anggap indah, cinta yang orang rasa bahagia, cinta yang manusia rasa tenang. Tapi tidak bagi aku, cinta aku adalah tragis. cinta berdarah. Cinta bagi orang tidak punya apa-apa seperti aku, buang masa. Yang sering orang pandang enteng dan permainkan.

Siapa tak pernah jatuh cinta? Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah jatuh cinta, banyak, ya memang banyak, tapi 'banyak' juga hati aku dilukai. Kenapa? kerana aku tak tak punya apa-apa untuk dibanggakan. Rupa , harta, jauh sekali. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku ada hati, aku ada perasaan, aku ada bakat dan keistimewaan anugerah Allah, itulah harta yang aku miliki.

Aku ingin berkongsi satu cerita, aku pernah rasa terhina, sungguh, sehingga pernah aku putus asa dengan dunia. Mengapa? di laman sosial maya, aku pernah ingin berkawan dengan seseorang yang indah 'paras' rupanya. sungguh, lalu aku menjemputnya untuk menadi kawanku. Hanya ingin menambah kenalan. Tau apa yang dia balas?

DIA: Ewwwwww, tolonglah.

Lalu 'dia; terus memblok aku dari senarai rakannya. Terkesima, sungguh aku terkesima, hina sangatkah aku, buruk sangat ke aku? Tabah, mujur aku tabah, bukan semua manusia seperti itu. masih ada manusia yang memiliki secangkir hati yang ikhlas. Ihklas, satu perkataan yang mulia.

Pernah satu masa , aku bersembang dengan rakan-rakan."aku tak kisah sapa nak jadi pasangan aku, serius aku tak pilih rupa, , cukup, cukup dia seorang manusia, manusia yang mempunyai hati, terima aku dengan apa yang aku ada, kalau namanya manusia, bagi aku 'dia' dah cukup sempurna.

Niat aku ditertawakan, niat aku ditempelak. Mereka kata aku hipokrit, karut, aku tak jujur. Mereka mempersendakan aku. Mereka bilang, mana ada 'orang' macam tu lagi sekarang. Mereka bilang 'Habis tu kau nak sehidup semati tengok muka dia yang buruk sampai akhir hayat kau? tolonglah bro, jangan nak baik, kisah dongeng semua tu bro'.

Habis tu, orang yang tak ada rupa, tak ada apa-apa, langsung tak punya hak? langsung tak ada peluang, karut, cetek sungguh pemikiran orang macam tu.

Lumrah manusia mmbezakan yang indah dan buruk, aku jua tak terlepas, tp setelah aku knal seorang insan berhti suci ini, aku tersentuh.masih ada lagi manusia yg tidak prejudis. Kata2 keramatnya yg mntuh hatiku "aku lihat dia sbg seorang manusia,tnpa cacat cela",kdg2 aku terfikir, tak semua mnusia dpt keadilan yg sewajarnya, dengan kehadirannya, mmbuatkan aku teruja untuk mendekatinya,hatinya suci. Sungguh .masih ada orang yang mulia. sungguh. dia baik.

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Benar, hidup ini banyak manusia yang membezakan. Itulah harga yang perlu dibayar. Tapi tolong jangan luka, cantas luka kau itu, seperti apa yang telah aku lakukan dulu. Persetankan apa kata orang tentang kau, kau mampu hidup dengan kata-kata nista. Itu ubat, ubat yang akan sembuhkan 'luka' kau itu. Ubat yang akan jadi penawar untuk merawat semua 'luka'. Maka itu terus, jangan berhenti rawat 'luka' itu. Cantas.

No comments:

Post a Comment