Wednesday, December 21, 2011

Dendam Cinta

cinta- satu perkataan keramat yang suci. Baja ketika suka, tapi awas ia bakal jadi racun ketika duka. Pernah cinta kamu di tolak mentah-mentah saat kamu bersedia mencintai seseorang? Pernah cinta kamu dibuang jauh dengan alasan kamu bukan untuk dia? Perit bukan? seolah-olah hati terguris laju dengan sebilah pedang tajam.

wahai hati yang 'rapuh'-tolong cantas luka itu. Jangan biarkan bersemadi dalam jiwa, aku takut menjadi racun yang bercambah jadi dendam. Dendam itu adalah racun yang akan membawa mati. Mana tahu orang yang tidak berdosa menjadi mangsa nanti.

Aku tahu kau 'rapuh' saat cinta suci kau ditendang jauh-jauh seolah-olah kau tak diberi hak langsung sebagai manusia untuk mencintai. sabar, itu ujian Tuhan, mungkin Tuhan tak restui jodoh kau dengan dia, mana tahu kau akan dapat seseorang yang lebih hebat dari dia .

Memang benar, saat kita sedang 'rapuh' dalam cinta, cinta yang suci itu bertukar jadi dendam yang meruap-ruap. Dendam yang langsung tidak membawa keuntungan. Cinta yang kita pupuk untuk orang yang kita sayangi bertukar jadi dendam, dendam itu hasutan, boleh membunuh. Percayalah.

okey, fine, dulu dia tolak cinta aku mentah-mentah,
sekarang, dia nak pulak dengan aku.
jangan harap lah, aku akan buat macam apa yang dia pernah buat dekat aku dulu.
aku nak dia rasa apa yang aku rasa !

Jangan, tolong jangan lakukan. Cantas luka lama kau. Cantas segala dendam. cantas, cantas. Jangan kau biarkan hati luka demi dendam kau pada orang yang kau sayang. Bagi aku, jika orang itu tolak cinta kau, maknanya itu bukan jodoh kau, tapi bila orang itu datang kembali mencari cinta yang kau pernah tadah, itulah jodoh kau. Benar, orang itu disedarkan oleh Tuhan, Tuhan tidak mahu kau bersedih, meratapi nasib, maka Tuhan titipkan kembali 'jodoh' kau yang telah pergi. Jangan tinggikan ego kau, jangan tanamkan dendam, aku tahu kau masih cinta, cuma dendam kau menutupi perasaan suci itu. Maka itu aku katakan, cantas. Dendam itu boleh membunuh cinta yang kau tanam. Orang yang sedang rapuh, cantas luka kau, hapuskan dendam cinta kau..

No comments:

Post a Comment