Thursday, December 15, 2011

TERBANG


'dia selalu merasakan yang dia 'gagal'. Gagal dalam semua hal, kalah dalam permainan hati, tewas dengan duniawi'

'dia selalu merasakan yang dia tidak beruntung, tidak mempunyai tuah'

'dia selalu merasakan yang dia tidak dirahmati, bukan insan terpilih'

'Dia' adalah seorang manusia yang kecewa, kecewa kerana dunia seakan mengejinya. Dia terbelenggu dalam dunia hitam yang penuh muslihat. Dalam hidupnya penuh keladak hitam yang telah menutup sebahagian hati sucinya. 'dia' dipandang keji kerana kisah hidupnya, kerana kejahatannya, kebaikannya masih terselindung di sebalik hijab, masih belum terungkai. Dendam, dendam itu yang membawanya kepada kesesatan, dendam itu seolah-olah mengajarnya menjadi insan yang luput sifat kemanusian.

"dendam itu racun yang boleh membawa mati"

dan pengakhirannya, dendam itu membawanya ke satu dimensi yang baru, memang benar, dendam itu menyebabkan satu kematian, kematian seseorang yang ' dia' sayangi, kematian yang membawa kepada penyesalan seumur hidup. Namun, di sebalik penyesalan hakiki itu, dimensi itu membawanya kepada kehidupan baru, kehidupan yang jauh dari kehitaman, kesesatan.

kepada 'dia', terbanglah kau. terbanglah mencari hidup baru. terbanglah kau mencari nafas yang lelah sebelum ini, terbangla meneroka kebaikan yang tersisa. Aku faham, bukan senang hidup dalam kalangan manusia yang sering membezakan, namun itulah harga yang kau perlu bayar jika kau bergelar manusia. Maka, terbanglah kau mencari erti hidup dan siapa diri kau yang sebenar. Berhentilah menjadi manusia pendosa, manusia derhaka. Aku rayu, terbanglah, jangan kau berhenti. cari 'diri' kau sampai kau ketemu. Jangan kau kenal erti putus asa. Jangan kau kenal erti 'tewas'. Terbanglah, carilah dunia kau.

*Terbang-kisah lara seorang lelaki yang bergelumang dengan dunia kejahatan, dia hendak keluar dari sangkar jahat yang mengurungya, namun dendam yang tumbuh dari hatinya yang memerangkanp kehidupannya-dendam itu racun yang boleh membawa mati. Maka dia terbang, terbang mencari dunia yang baru.

cerita ini aku kongsikan kepada kamu semua, cerita yang akan aku jadikan realiti dalam bentuk drama, tontonan kepada masyrakat untuk menilai. 'jahat itu bukan kekal, boleh di ubah'. oh ya, aku bertindak sebagai penulis skrip dan aku masih berjuang ke arah itu. Doakan aku, doakan 'dia'.

No comments:

Post a Comment