Monday, January 30, 2012

AYAH

Garis-garis tua melingkar di segenap wajahnya
Kedutan halus simbolik perit hidup
Penat, lelah sudah terbiasa
Membanting tulang empat kerat untuk si jantung hati.
Setitik keringatnya ibarat berlian yang tinggi nilainya
Tak dapat digadai dengan uwang berjuta.

Jauh dia berjalan, jauh dia mengembara.
Berhutang keliling pinggang
Dikeji, dicemuh malah dipandang jelik
Namun si jantung hatinya pembakar semangat
Digagahkan juga, ditekadkan jua.
Kerana si jantung hatinya adalah harta.

DIA,
Adalah anugerah terhebat semesta.
Tuhan jadikan kita melalui maninya yang suci
Ditiupkan roh lalu dijadikan satu ciptaan hebat
Maka lahirlah kita bernyawa
Dijaganya dengan penuh belaian sepenuh jiwa.
Melebihi kasih kepada nyawa sendiri,
Dialah satu anugerah tak ternilai.
Sukar dicari ganti walupun hampir serupa.

DIA,
Hadiah teragung dari Illahi,
Fitrahnya seorang bapa yang juga seorang suami
Tanggungjawab berat tergalas di bahu
Tak pernah terabai sedetik pun
Tak pernah terleka walau sesaat pun
Tak kan tergugah biar apapun yang berlaku.

Tahun demi tahun,
Berdekad lamanya
Tanggungjawab tetap memundak di kepala
Bukan bebanan melainkan satu kewajipan
Dia tak pernah mengeluh bahkan menyesali
Kerana baginya si jantung hati adalah rezeki dari Illahi.
Walau warna-warna putih sudah menjalar di setiap helaian rambut.
Kedutan halus menutupi wajah yang mulus
Tubuh yang gagah dahulu makin lemah
Digagahkan juga jadi yang terbaik buat si jantung hati.
Kerana dia seorang AYAH,
Anugerah Illahi yang tiada tandingan,
Hadiah istimewa yang tak dapat dibeli,
Walau dengan harga berjuta.

Ramai orang yang mengeluh kerna penat. Tapi seorang AYAH tak pernah mengeluh walaupun sakit untuk jalankan kewajipan kerana sayangnya dia kepada SI JANTUNG HATI. Siapa?-KITA - AZWS

Friday, January 27, 2012

SATU

Hati aku satu,
bukan dua, tiga, atau empat.
Mana mungkin bisa jadi lima juga.
Tak boleh dibahagi-bahagi.
Jiwa aku juga satu,
tak mampu diletakkan lagi hati lain.
Aku dah serah jiwa aku,
mana bisa hati kau aku ambil lagi.
Maaf,
diri aku masih jua satu,
bukan dua, tiga, empat.
Bukan juga boleh jadi ramai.
Aku seorang, dan kau, kau dan kau.
Hati aku, jiwa aku, diri aku, tak bisa tampung.
Maaf.

azreensaid/ayenzachery wartawan skandal

Monday, January 23, 2012

Orang tepi

you, kenapa tak balas msg i?

sori. i takde credit.

kenapa you tak jawab kol i?

sori, i busy lah.

kenapa you tak balas bbm i?

hurm, sori i tak pegang phone, busy

alahai you, nak menipu pun janganlah nampak sangat. nampak sangat you tak fokus dengan i kan? i manalah ada blackberry. jujur jelah senang kan. i tau i just orang tepi bagi you kan. kan.

Friday, January 20, 2012

Jangan cepat jatuhkan hukuman.

Diam bukan kerna lemah

Kita masih punya jiwa. Tolong jangan hukum orang kerana tak punya apa-apa. Kita masih punya harga diri yang bukan enteng untuk sesiapa persendakan. Diam kita bukan kerna lemah, kerna kita sedang memerhatikan gelagat manusia yang sering berkata-kata. Jatuh hukum sampai mati. Kasihan kan? Diam itu bagus kerna takut segala lontaran yang keluar dari mulutnya membinasakan diri sendiri. Bukankah diam itu lebih bagus dari berkata-kata? takut timbul prasangka. Jadi diam sahaja dan senyum. Jadi jangan hukum orang itu lemah.


Menangis bukan kerna  tewas.

Apa orang yang menangis itu tanda dia tewas? orang yang menangis itu tanda dia mengumumkan kekalahan? jangan. jangan hukum orang sedemikian. Menangis bukan tanda kita lemah, tapi kerna kita juga manusia, kadang-kadang tak dapat bendung kecewa. Sekeras mana hati, seteguh mana jiwa, janagn kita lupa yang kita juga manusia yang punya perasaan sedih. Menangislah. Menangis itu terapi. Terapi untuk kita muhasabah diri kita . Terapi untuk kita pandang dan fikir kita hidup untuk apa. Menangis itu kan salah satu penghapus dosa. Jadi, persetankan kata-kata yang bilang kau menangis sebab tewas. Mereka tak lalui lagi hukum dunia.


Tunduk bukan kerna gentar.

Orang yang selalu tunduk selalu dikata gentar. Takut pada lawan, ikut sahaja telunjuk. Itu salah. Jangan cepat bagi tafsiran yang boleh menjatuhkan orang. Tunduk dia bukan sesekali gentar. Itu kerna dia hormat. Hormat untuk orang yang benar. bukan pada orang yang salah. Tak salah kita tunduk tanda kita sokong apa sahaja keputusan. tapi awas, jangan tunduk pada orang yang ternyata tidak benar, egois dan menggunakan kepantingan semata-mata. Gunakan kebebasan bersuara. Suarakan yang benar dan nyatakan saja kalau salah. Buat apa kalian tunduk bagi orang yang tak tahu menilai antara yang benar atau pun tidak. Kalau mahu orang hormat kita, kita harus hormat orang. Tunduk dan hormat. bukan tunduk kerna gentar.


Tersungkur bukan kerana gagal

Sakit, parah bila kita di tolak dunia. Sakit yang kita rasakan lebih perit bila tiada sesiapa yang hulurkan tangan. Ramai yang anggap tersungkur kerna gagal. bukan. Tapi tersungkur kita kerna Tuhan mahu kita celik mata. Dia tak mahu kita asyik berada di langit sampai kita lupa apa yang ada di daratan. Dia mahu kita sentiasa toleh ke bawah. Perbaiki diri dan bukan menongkah dada. Jadi kalau kalian tersungkur. Bersyukurlah Tuhan bagi tanda. Itu tanda Dia sayang. 

Jadi manusia jangan cepat hukum orang kerna kita juga akan dihukum Tuhan. Bukankah kita juga manusia yang masing-masing punya nafsu untuk buat mungkar? - AZWS

Thursday, January 19, 2012

LELAKI

sosok tubuh gagah ini kau gelar lelaki.
wajib jadi pelindung kepada hawa
tubuh yang kekar ini kau anggap penyelamat .
daripada mangsa-mangsa tidak berjiwa.

sosok tubuh perkasa ini kau bilang lelaki.
harus kental dengan prinsip.
jangan menyerah dengan apa bisikan angin dosa.

sosok tubuh keringat ini kau kata lelaki.
kerana punya halkum kau bilang jangan sesekali tumbang.
malu kerana kau lelaki.

tapi kau lupa lelaki juga punya jiwa?
lelaki juga punya airmata yang harus menitis?
besi tulangnya bukan bererti dia kuat.
kekar sosoknya tidak bermakna dia gagah.

kalau namanya juga manusia. lelaki ataupun hawa.tak terkecuali.
ada saat duka dan gembira.
lelaki kalau dia sedih, rapuh. senyap.
bukan dia tak mahu kongsi tapi kerana namanya lelaki.
diam. diam dia bukan kerna malu. 
tapi pendam.

kau juga lupa yang lelaki juga ada hati.
sedih dan kecewa itu normal bagi setiap yang bernyawa.
salahkah lelaki juga meninitiskan airmata?

tak kacak?
ah persetankan kerana lelaki juga manusia.
mana ada manusia yang kuat tanpa titiskan air mata.
pasti ada walaupun jarang.
mengapa? kerna airmata itu penghapus dosa.

'kerana aku lelaki yang acapkali titiskan airmata kau hukum aku lemah, apa lelaki bukan manusia yang tak bisa titiskan air mata? menangis aku bukan kerna lemah tapi kerna aku juga manusia yang tak bisa bendung kecewa- AZWS


senyum dan berfikir

aku rasa aku takkan pernah jadi orang yang sabar kalau kau terus terima cinta aku. kerna dengan menunggu cinta kau bertahun-tahun buat aku kuat untuk jadi yang setia.

orang kata aku gila?
ya. aku gila kerana cinta kau. cinta yang aku anggap berharga. gila kerana kau orang yang begitu telus.

bertahun-tahun aku padam hati aku untuk orang dan setia dengan kau, andai kata kau memang bukan untuk aku, tak mengapa, itu hati kau, perasaan kau, mana mungkin aku bisa memaksa bukan?

tak apa, aku tetap cintakan kau dari jauh kerana cinta kau buat aku jadi ;orang'. orang yang bisa kendiri. andai ada orang lain hadir dalam hidup aku, pasti aku bahagiakan dia seperti kau membahagiakan aku.

saat aku berlari jauh kerana ditolak dunia, kau datang bawakan secangkir harapan, kau buka hati aku untuk disayangi namun kau biarkan dengan persoalan. tak apa. aku masih senyum. *ujian 


Monday, January 16, 2012

Ajaibnya hadiah Tuhan.


Dipertemukan di ruangan maya, sekadar berbalas komen dan berkongsi rasa, bertukar pandangan lalu berjumpa secara realiti empat mata. Diperkenalkan dengan teman-teman yang juga peminat fanatik , lalu tersimpullah satu ikatan suci yang aku gelar teman sampai syurga .

Di satu dimensi Tuhan temukan. Tuhan berkenankan. Tuhan tahu kita sama-sama pernah kecewa dengan permainan dunia. Lalu Tuhan bukakan hijab, dipertemukan kita atas dasar ikatan suci persahabatan.

syukur. saat aku jatuh terduduk, tanpa ada sesiapa yang sudi hulurkan tangan, aku ketemu kalian yang hulurkan kata-kata ajaib, jadi penyembuh duka , lalu kedatangan kalian aku balas dengan jiwa yang besar. biarlah ikatan ini terus mengalir di seluruh denyut nadi sampai ke syurga abadi. Terima kasih.

senyum dan tawa kalian jadi penawar bagi setiap gundahku-AZWS