Wednesday, December 28, 2011
Jangan padam .
tak stabil
Tuesday, December 27, 2011
Tuhan mahu kau celik mata !
mahukah kalian bersama-sama aku mengharungi dunia?
mahukah kalian terus disisi aku kala aku derita?
mahukah kalian terus di samping aku ketika duka tanpa saat gembira?
mahukah kalian pinjamkan telinga mendengar keluhan aku setiap masa?
kalian bateri yang di ON dari Tuhan-BSA.
Monday, December 26, 2011
MENANGIS !
Sunday, December 25, 2011
Seribu kali kau cerca aku, Sejuta kali aku bangun !
Wednesday, December 21, 2011
Dendam Cinta
wahai hati yang 'rapuh'-tolong cantas luka itu. Jangan biarkan bersemadi dalam jiwa, aku takut menjadi racun yang bercambah jadi dendam. Dendam itu adalah racun yang akan membawa mati. Mana tahu orang yang tidak berdosa menjadi mangsa nanti.
LELAKI TERHEBAT !
Aku masih manusia yang berkongsi dunia dengan kamu semua !
Friday, December 16, 2011
Ini cerita tentang aku yang 'luka'
Thursday, December 15, 2011
TERBANG

DIALOG DENGAN TUHAN
Hari ini aku tersungkur,
esok aku jatuh,
lusa aku lemah.
mungkinkah kalau berterusan begini aku akan mati?
Tidak. Aku takkan mengalah dengan secebis kedukaan,
aku takkan menyerah dengan sebesar zarah keperitan,
aku tak mahu tunduk dengan ego kesedihan.
sebab aku takut aku tersungkur di lorong kesusahan.
kerana aku sedar, orang yang lemah mudah dihasut godaan,
orang yang gusar cepat diserang ketidakwarasan,
orang yang kecewa akan hilang daya fikiran.
maka sudah tentu akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Aku mahu bangkit walaupun hakikatnya aku lemah.
aku tak mahu tersungkur, jatuh, lemah seterusnya mati.
ramai lagi orang yang menanggung keperitan, bukan aku sorang.
nah . mereka masih bisa hidup dan ketawa dengan hidup mereka,
inikan pula aku hanya menerima ujian kecil daripada Tuhan?
Bangun. Ya aku perlu bangun. hidup perlu bergerak. Nadi harus sentiasa berdenyut.
ramai lagi orang yang malang, terima ujian besar,
namun hidup mereka sentiasa diberkati kerna mereka tak pernah menyesali takdir dan ujian Tuhan.
inikan pula aku yang baru sahaja digertak dengan cubaan?
Bangkit. gerakkan fikiran. hayunkan kaki.
Bangkit aku bukan kerana kecewa tapi bangkit aku kerana aku yakin ini adalah hikmah.
Hikmah dari Tuhan, satu ganjaran lumayan,
aku belajar bersyukur, Tuhan.
AyenZachery Wartawan Skandal . Azreen Said 2011.
Dialog dengan Tuhan.
Thursday, August 11, 2011
NAMANYA MANUSIA?
Pabila namanya manusia, pasti tidak akan terlepas dari perasaan iri hati .
Pabila namanya manusia, mesti akan ada rasa sakit hati .
Pabila namanya manusia, yakin sekali suka mengeji .
Pabila namanya juga manusia, bermacam agenda direncana untuk kepentingan diri .
Itulah dia, manusia yang tidak pernah puas menjatuhkan sesama sendiri walhal hidup berkongsi di atas bumi ciptaan Illahi.
Dia yang mengeji-gembira sekali berkata-kata.
Bermulut sumbing menjuih kepada si mangsa Mendebak dada rasa bangga.
Pelbagai tohmah dan cerca dilempar semata-mata memuaskan hati yang berdengki, hitam legam dibalut dendam.
Si mangsa-aduh, kasihan sekali pemuda ini.
Dicerca dimaki berkali-kali seolah dia melakukan pembunuhan bersiri yang meragut nyawa ramai gadis sunti.
Walhal, dia mangsa. Dia yang teraniaya. Lurus bendul sikapnya. Sensitif sekali perasaannya.
Namun , pabila namanya memang manusia,
Tak kiralah lurus bendul sikapnya, sensitif sekali perasaannya, walaupun betapa tertibnya dia,
Orang pasti tetap mengata.
Kerana itulah dinamakan manusia, ada yang berhasad ada yang terpuji.
Si mangsa-aduh, malang sungguh pemuda ini.Dia menjadi subjek untuk ditertawakan.
Selalu benar dia jadi sasaran si mulut durjana.
Mahu tahu mengapa?
Hanya kerana dia kurang paras rupa jauh sekali fizikal yang diidamkan seberapa ramai manusia.
Sekalipun otaknya berguna, bakat dalamnya sungguh luarbiasa,
Hai, langsung tidak dipandang hanya kerana bulat badannya, bertompok-tompok wajahnya, pendek ukurannya, sumbang nada suara.
Hanya kerana pakej dirinya yang dipandang ramai manusia tiada, hukuman itu seolah-olah mengejar dirinya.
Ke mana-mana pasti mengata-melempar kata sinis seolah-olah dia manusia jijik yang tiada apa-apa. walhal mereka yang bernama manusia ini sama sahaja di mata Maha Pencipta. Tiada dibeza kecuali baik buruk amalannya.
Tapi, sudah memang namanya manusia, bukan semua yang baik belaka.
Itu sudah lumrah MANUSIA. Yang jelik sahaja dimata mereka, pasti jadi bahan cerita.
Tapi jika kau kacak perkasa, gagah figura, merdu suara, pasti kau dipuja-puja walaupun kau pada dasarnya tidak mempunyai kebolehan apa-apa, jauh sekali bakat yang harus dibangga, jangan khuatir kerana kau tidak perlu berbuat apa-apa kerana sudah pasti kau pilihan ramai manusia.
Wahai penghuni semesta,
Sudah nampakkah halusnya permainan dunia ini?
Kasihankan si mangsa ? hanya kerana dia tidak punya rupa yang tampan dan figura menawan, hidupnya penuh kedukaan.
Sedangkan si tampan cantik dipandang, disanjung seolah dia raja yang yang ditatang.
Jangan disangkal mengapa?
Kita sudah tahu jawapannya. Permainan ini takkan berhenti .Tahanlah. Sekatlah. Pasti sama, tidak juga terhenti.
Mengapa? Kerana sudah namanya manusia, dikurnia akal yang sama cuma berbeda fikirannya .
Bak kata pepatah orang tua yang bijaksana,
Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
#ayenzachery.pencinta sepi.
Thursday, August 11, 2011
4.22 A.M